BANGI, Isnin – Kenaikan kos sara hidup memberi kesan kepada rakyat pada masa kini terutamanya ketika mahu berbelanja untuk mendapatkan keperluan harian.
Inflasi yang mencengkam bukan sahaja di negara ini tetapi kebanyakan negara dunia juga dirasai mereka. Ada yang beranggapan kenaikan harga barang tidak setimpal dengan kenaikan gaji minimum terutamanya dalam kalangan golongan B40.
Wartawan Dzulfadhly Aiasa ada laporannya.
Tinjauan di sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang hari ini mendapati kenaikan harga barang sangat terkesan kepada orang ramai dan menganggap kenaikan sebahagian harga barang tidak masuk akal.
Jika sebelum ini 100 ringgit sudah boleh memenuhi satu troli barangan yang dibeli, namun kenaikan harga barang menyebabkan rakyat berfikir banyak kali dan terpaksa mencongak barang barang yang ingin dibeli.
“…kesannya memang nampakla sebab harga barang dia tidak setimpal dengan gaji rakyat, ada yang kadang dapat gaji rm 1200, rm1500 patutnya kena naik sikitlah. Macam harga contohlah harga bahan mentah ,macam ayam dulu boleh dapat sekilo dalam rm 15 atau 14 paling murah . sekarang pun seekor pon sudah rm 20. so kalau nak compare dengan gaji pekerja rm 1500 tu tak boleh pergilah…”
HIDAYAH ZAHARI / Pekerja Swasta
“…sekarang ini memberi effect kepada perbelanjaan isi rumah terutamanya melibatkan perbelanjaan harian especially bahagian makanan dan juga persekolahan anak-anak jugalah. Yang ketara sekarang adalah bahan untuk makanan, itu yang menyebabkan macam rantaian kepada kos kos lain. selain itu ia menjejaskan untuk berbelanja lebih lah lagi….”
HISHAM RANI / Bekerja Sendiri
Walaupun bersyukur dengan kenaikan gaji minima kini, namun kadar peningkatan harga barangan dengan kadar gaji tidak seiring.
Sehubungan itu mereka berharap ada subsidi bersasar boleh dilaksanakan kerajaan untuk menempuh hari hari mendatang.
“…Pada pendapat saya memang amat membebankan kepada rakyat – rakyat Malaysialah terutama sekali buat mereka yang berpendapatan mungkin dalam B40 ataupun M40. Walaupun kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji minimum RM1500 untuk semua kakitangan yang bekerja sebagai swasta ,kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan tetapi saya rasa keadaan sekarang memang kalau kata ikotkan RM 1500 tu memang tak cukup untuk golongan B40 dan juga golongan yang lebih bawah daripada itulah kerana memandangkan barang-barang sekarang semakin hari semakin naik dan tanpa ada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan membantu rakyat-rakyat yang terkesan dengan keadaan sekarang , pada pendapat saya memang agak sukar untuk rakyat-rakyat malaysia untuk apa orang kata berbelanja secara berhemah…”
BASHER ABU BAKAR/ Ejen Hartanah
“…sekarang ini harga barang semuanya naik . So, sedikit sebanyak memang terkesan kepada kami sebagai rider ,untuk golongan B40 .So, kami macam saya mengharapkan kerajaan beri sedikit sebanyak subsidi sikit atau imbuhan buat kami golongan-golongan rider ataupun B40. So, sedikit sebanyak boleh menampung perbelanjaan harga semasa sekarang ini. pastu dari segi gaji pun saya harap naik sikitlah sesuai dengan orang kata kenaikan harga barang sekarang. Akan datang ni pun TNB nak naikkan harga pulak . banyak kos nak kenekeluar semua”
NOR IKHWAN NORDIN / Penghantar Makanan
Dalam pada itu, ada yang berharap agar bantuan baharu diberikan untuk membantu mereka mereka yang memerlukan termasuklah membantu rakyat menyediakan peluang pekerjaan yang bersesuaian.
“…Memang kita amat mengalu-alukan yang saya rasa daripada apa yang kerajaan buat sekarang ini memang ada langkah-langkah diambil. Contohnya ,Bantuan Keluarga Malaysia, sebelum ini Bantuan Prihatin Nasional memang itu satu langkah yang terbaik, Cuma kalau boleh saya cuma cadangkan kepada kerajaan untuk meneruskan lagi lain –lain bantuan yang dirasakan perlu membantu rakyat-rakyat Malaysia yang terkesan dengan keadaan sekarang ini. Pada saya, mungkin first sekali mungkin kerajaan boleh turun padang untuk memantau harga semasa barang keperluan harian yang digunakan. Yang keduanya, mungkin dari segi bantuan mungkin boleh kerajaan perlu memperkenalkan satu lagi bentuk bantuan yang baru untuk membantu mereka mereka yang memerlukan. kita tengok sekarang ini walaupun kadar minimum gaji yang ditetapkan oleh kerajaan rm 1500, ada lagi masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai . So, saya cadangkan kerajaan lebih prihatin untuk kita dalam langkah dalam membantu rakyat yang terkesan sekarang ini”.
BASHER ABU BAKAR/ Ejen Hartanah
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/mtem-gesa-kerajaan-tangani-kemiskinan-pasca-pandemik/