KUALA LUMPUR, Isnin – Sebahagian besar rakyat di negara ini bakal menghadapi masalah kesihatan mental sekiranya krisis ekonomi berterusan tanpa diberikan jalan penyelesaian oleh kerajaan.
Menurut pensyarah Psikologi Pekerjaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Daniella Mokhtar, krisis ekonomi turut memberi masalah kesihatan mental yang berpanjangan seperti kebimbangan dan kemurungan sekiranya berlaku peningkatan kos sara hidup.
“…so obviously kesihatan mesti akan terkesan walaupun belum terjadi lagi, ada desas desus sebenarnya ramai yang sudah terkesan, jadi peningkatan harga barang mungkin selepas ini ada juga golongan M40, ada juga beberapa ramai yang terjatuh pergi ke golongan B40, so itu juga merupakan kesan yang kita boleh nampak…of course yang paling teruk yang boleh kita tengok masalah depression, covid-19 macam mana orang ramai terkesan lebih-lebih lagi pasal pekerjaan dan sebagainya…”
DR DANIELLA MOKHTAR / Pensyarah Psikologi Pekerjaan UKM
Dr Daniella juga berkata krisis ekonomi ini akan turut mendorong rakyat bekerja lebih masa dan tidak mempunyai kesimbangan dalam pekerjaan.
…krisis ekonomi ini mungkin kemungkinan besar masyarakat umum kena kerja more than one job, jadi kerja dua tiga kerja adalah very common, bila bekerja dua tiga kerja ini dia punya masa lebih fokus kepada hanya bekerja sahaja, jadi dia tiada work life balance dia tiada masa untuk life dia. All this akan memberi kesan kalau tidak dibendung, obviously saya rasa dia akan memberi kesan kepada peningkatan statistik semasa masalah kesihatan macam tulah…”
DR DANIELLA MOKHTAR / Pensyarah Psikologi Pekerjaan UKM
Dalam pada itu beliau turut menyarankan agar pihak organisasi atau pihak kerajaan memberikan khidmat kauseling untuk menyokong membantu mengurangkan beban masyarakat dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Beliau turut berpendapat organisasi yang terbabit perlu memainkan peranan penting dengan menyebarkan mengenai tanda-tanda awal penyakit kemurungan agar rakyat cakna terhadap penyakit itu.
Pautan FB ; https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/21/umno-dalam-bahaya-jika-terus-beri-muka-pada-mca-ridhuan-tee/