SHAH ALAM, Isnin – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khusus untuk pelajar B40 dengan pengambilan pertama membabitkan seribu orang.
Beliau berkata program itu disediakan untuk pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di institusi pengajian awam (IPTA) seliaan Kementeriaan Pengajian Tinggi (KPT).
“Saya yakin, program ini menawarkan lebih banyak peluang kepada anak Keluarga Malaysia, terutamanya daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET,”
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB / Perdana Menteri
Ismail Sabri berkata, kerajaan menjangkakan program ini membabtikan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.
Tambahnya, aspek akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan program TVET harus ditambah baik dengan pendedahan perlu dilaksanakan seawal usia muda supaya mereka lebih celik mengenai potensi laluan kerjaya TVET.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan walaupun kesedaran orang ramai terhadap pekerjaan sektor yang melibatkan TVET sudah meningkat namun ia belum mencapai tahap yang disasarkan.
“…dalam usaha memperkasakan TVET, penjenamaan dan reputasi perlu dipertingkatkan dan ini memerlukan usaha lebih jitu bagi mengukuhkannya secara holistik. Sehubungan dengan itu, anjakan paradigma mesti dilakukan bagi meningkatkan persepsi positif dengan sokongan ibu bapa, belia dan industri terhadap TVET…”
Katanya, agenda Pemerkasaan TVET telah menggariskan beberapa inisiatif yang berimpak besar dan strategic antaranya ialah pewujudan Hab Kolaborasi TVET (TCH) dan penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC).
Sementara itu, beliau turut mengsityharkan tarikh 2 Jun sebagai Hari Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara dan wajar disambut setiap tahun bagi menghargai sumbangan daripada pihak TVET.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/16/ismail-sabri-umum-perkhidmatab-percuma-untuk-semua-kendalian-radpidkl-selama-sebulan/