KUALA LUMPUR, Ahad – Mengangkat kisah perjuangan pahlawan Melayu, itu merupakan objektif Filem Mat Kilau.
Penerbit filem Mat Kilau, Shahruddin Dali berkata beliau memilih ‘genre’ ini kerana generasi pada waktu ini amat gemar kepada filem yang bercorak aksi, ekoran itu beliau menghasilkan karya filem Mat Kilau yang menonjolkan kehebatan serta jadi diri orang Melayu dalam menyelamatkan tanah air.
“…Mat Kilau ni kita pilih kerana kita berasa bahawa itu adalah satu vacuum ataupun satu ‘genre’ yang saya rasa sudah lama 11 tahun lalu kali terakhir filem ber’genre’ patriotik dihasilkan jadi kita memilih filem dengan judul Mat Kilau…”
-SHAHRUDDIN DALI / Penerbit Filem Mat Kilau
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi: Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terbitan TV Pertiwi malam tadi. Ketika ditanya mengenai kesesuaian ‘genre’ pada era ini, Shahruddin berkata filem biopik sejarah ini banyak menunjukkan semangat patriotik yang boleh diambil oleh masyarakat.
“…saya rasa masyarakat sangat memerlukan rangsangan untuk cetuskan semangat kebangkitan anak-anak muda kerana kita lihat anak-anak muda pada ketika ini agak cair semangat patriotik jadi sebab itu kita memilih genre kepahlawanan ini dan tokoh Mat Kilau untuk membantu atau menyumbangkan memberi suntikkan kepada masyarakat dia…”
Sementara itu, pelakon daripada negara jiran iaitu Indonesia Yayan Ruhian yang juga merupakan sebahagian pelakon daripada Filem Mat Kilau berkata filem ini banyak memberikan pengajaran serta semangat yang berunsur positif yang diperlukan oleh masyarakat pada era ini.
“…Mat Kilau ini tidak saja akan menjadikan tontonan yang menghibur tapi akan menjadi satu tontonan yang bisa menggugah tentang semangat tentang arti perjuangan tentang bagaimana bila kita memiliki akidah yang kuat apabila kita menjaga persahabatan persaudaraan menjaga persatuan…pasti mendapatkan keberhasilan”
-YAYAN RUHIAN / Pelakon Indonesia
Filem Mat Kilau menelan perbelanjaan sebanyak 8 juta ringgit yang memakan masa hampir 15 tahun untuk ditayangkan. Filem ini menampilkan bintang-bintang hebat seperti Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin dan Johan As’ari.
“Saya tahu akan ada segelintir penonton Melayu yang bakal kurang senang dengan beberapa dialog & babak dalam filem ini nanti. Memang sengaja saya persembahkan sedemikian kerana itulah hakikat sebenar & semangat ‘Perpaduan Melayu’ yang kian pudar hari ini.”
Sementara itu, pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menjawab tomahan penonton yang mempertikai jalan cerita dan watak dalam filem arahannya itu.
Katanya, sebanyak 90 peratus jalan cerita dan dialog filem Mat Kilau telah diolah dan ditulis kembali olehnya dan Rizal Ashraf, malah rombakan besar dilakukan untuk mengikut kehendaknya sebagai pengarah dan penulis.
Tambah Syamsul, beliau turut meminta orang ramai yang mungkin tidak suka dengan filem itu untuk tidak menyalahkan penulis asal, kerana perubahan yang dilakukan demi menghasikan sebuah format filem sejarah bangsa yang baik.
Beliau mengakui ada segelintir penonton Melayu yang bakal kurang senang dengan beberapa dialog dan babak dalam filem ini nanti.
Jelasnya persembahan itu sengaja dilakukan sedemikian kerana itulah hakikat sebenar dan semangat perpaduan Melayu yang kian pudar hari ini.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/bukan-sahaja-inggeris-adibah-noor-pelopor-penggunaan-bahasa-melayu/