KOTA BAHRU, Isnin – PAS masih mengharapkan kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Masih lagi mengharapkan supaya wujud kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), parti PAS akan tetap berusaha selagi parlimen tidak dibubarkan.
“Kita sudah biasa, sedia atau tidak sedia bila UMNO buat keputusan (untuk terus bekerjasama) maka kita kena hadapi. Kita tidak boleh terima jika UMNO hendak bekerjasama, PAS perlu tinggalkan BERSATU kerana jika boleh kita hendak sentiasa bersama untuk kepentingan semua.”
DATUK MOHD AMAR NIK ABDULLAH / Naib Presiden PAS
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sekiranya UMNO masih berkeras untuk bergerak secara sendiri maka partinya terpaksa hadapi perkara itu.
Tambahnya, jawatankuasa bagi membuat rundingan mengenai pemilihan kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dibentuk dan pemilihan itu masih di peringkat rundingan.
Mohd Amar turut berkata partinya sentiasa bersiap siaga hadapi PRU15 yang diadakan pada bila-bila masa kerana sudah hampir memasuki tahun kelima.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/20/pas-utamakan-penyatuan-ummah-tolak-khemah-besar/