KUALA LUMPUR, Ahad – Jenazah Allahyarham Adibah Noor , selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi tadi.
Adibah yang sebelum ini mesra dipanggil guru Bahasa Inggeris sebenarnya adalah pejuang dalam mempertahankan Bahasa Melayu.
Rakan Allahyarham, iaitu penyampai radio Linda Onn berkata Adibah seorang yang mementingkan penggunaan Bahasa Melayu yang sempurna selain akan membetulkan jika ada penggunaan bahasa pasar yang tidak bersesuaian.
“… dan dia switch itu, in the full sentence perfect Malay perfect English dia macam tak ada campur aduk dia punya bahasa eventhough dia berbual dengan kita ni, keluar dengan kita ni pun cara percakan dalam bahasa Melayu pun memang betul bahasa english pon sedap di dengar betul so itu adibah noor …”
LINDA ONN / Penyampai Radio
Bagi rakan seperjuangan yang pernah bersama dalam satu rancangan bual bicara radio suatu ketika dahulu, Halim Othman mengagap Adibah Noor ada seorang yang sangat mencintai dan menjaga Bahasa Melayu dalam setiap percakapan yang diungkapkannya.
“.… Adibah Noor seolah olah penjaga bahasa kita hilang seorang yang special yang menjadi bahasa Melayu yang juga mengajar kita juga untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan betul…”
HALIM OTHMAN / Penyampai Radio
Semalam, Allahyarham Adibah atau nama sebenar, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat setelah lama bertarung mengidap penyakit itu.
Sebelum ini, penampilan terbaru Adibah, 52, dilihat semakin kurus di instagram berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai. Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan.
Lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir termasuklah Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek dan Linda Onn.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/motac-giat-semarakkan-aktiviti-pelancongan-seni-dan-budaya-tahun-ini/