SEREMBAN, Sabtu – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dikatakan sudab bersedia untuk bertanding sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Ismail Lasim.
Beliau berkata walaupun pengumuman rasmi mengenai PRU15 belum dikeluarkan namun keputusan itu sejajar dengan ketetapan dibuat kepemimpinan peringkat tertinggi parti.
“Walaupun setakat ini belum ada keputusan dibuat di peringkat badan perhubungan, tetapi kita (UMNO dan BN) sudah bersedia untuk bertanding sendirian tanpa kerjasama mana-mana gabungan lain pada PRU-15 nanti. Ini seiring dengan keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO, selain menerusi kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden parti,”
Terdahulu, Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim, mengesahkan UMNO dan BN Negeri Sembilan akan meletakkan calon di semua lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada PRU15.
Mustafa dilaporkan berkata, ia sejajar dengan keputusan kepemimpinan tertinggi parti bahawa UMNO dan BN akan bertanding bersendirian pada PRU berkenaan. Mengulas mengenai pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung pemimpin veteran perlu memberi laluan kepada calon muda untuk bertanding.
Ismail berkata UMNO tidak harus mengetepikan semua veteran parti itu daripada menjadi calon. Kata beliau, UMNO tidak boleh membuang orang lama dan mesti mempunyai keseimbangan misalnya sebanyak 30 peratus orang muda dan pemimpin veteran dalam menjadi calon untuk PRU15. Ujar beliau, tidak boleh semua yang baharu kerana pengalaman penting supaya ada keseimbangan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/johor-berhak-putuskan-had-umur-minimum-adun/