KUALA LUMPUR, Ahad – Terdapat dua kelompok UMNO dalam isu perjuangan Muafakat Nasional (MN) yang sehingga kini masih tergantung – PAS Perlis
Muafakat Nasional (MN) dianggap masih boleh diteruskan sekiranya UMNO bersetuju untuk terus kekal bersama PAS. Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli, terdapat dua kelompok UMNO dalam isu perjuangan Muafakat Nasional yang sehingga kini masih tergantung.
“UMNO ‘Putrajaya’ yang lebih mahukan MN dipertahankan manakala kelompok kedua pula adalah UMNO ‘PWTC’ yang mahu bergerak solo. Biarpun begitu PAS kekal berharap hubungan MN ini diteruskan walaupun ada dalam kalangan UMNO melihat tidak perlu MN lagi,”
Beliau berkata, dalam hubungan PAS dan UMNO terdapat dua kelompok yang diperlihatkan iaitu UMNO’ Putrajaya’ dan UMNO ‘PWTC’.
Memetik ismaweb, Mohd Shukri berkata walaupun UMNO secara tegas mahu bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) namun PAS tidak akan putus asa dalam mempertahankan MN yang diyakini memberi manfaat besar dalam penyatuan Ummah.
Tambahnya, PAS tetap mengharapkan kerjasama tersebut dapat diteruskan menjelang PRU 15 serta parti itu turut bersedia untuk menjadi orang tengah dalam perundingan antara UMNO dan BERSATU.
Menurutnya sekiranya UMNO masih berkeras menolak kerjasama MN maka PAS terpaksa bertembung dengan parti itu dalam PRU15 yang akan datang.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/umno-bn-negeri-sembilan-sedia-tanding-sendirian-dalam-pru/