KUALA LUMPUR, Sabtu – Maklumat tersebar termasuk di WhatsApp dan media sosial bahawa Malaysia akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga menjejaskan kesihatan, kesan fenomena Aphelion bermula esok hingga Ogos adalah palsu.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, menegaskan perkongsian terbabit yang memaklumkan kononnya cuaca sejuk daripada fenomena akan memberi kesan selsema, batuk dan sesak nafas adalah tidak benar.
“Maklumat dikongsi itu palsu (hoax), termasuk dakwaan akan mengalami sakit tertentu itu tidak benar,”
Beliau berkata, fenomena Aphelion dijangka bermula pada 4 Julai depan iaitu keadaan di mana kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling jauh dari matahari. Tambahnya Maklumat dikongsi itu palsu (hoax), termasuk dakwaan akan mengalami sakit tertentu itu tidak benar.
Menerusi perkongsian maklumat terbabit, mendakwa fenomena Aphelion akan bermula esok hingga 22 Ogos depan dan negara akan mengalami cuaca sejuk lebih daripada cuaca sejuk sebelum ini yang akan memberi kesan kepada selsema, batuk, sesak nafas dan lain-lain. Maklumat itu turut menggesa orang ramai meningkatkan daya ketahanan badan dengan mengambil vitamin dan suplemen tambahan.
Mengulas lanjut mengenai fenomena Aphelion, beliau berkata, ia berlaku setiap tahun dan masanya ialah kira-kira dua minggu selepas Solstis Musim Panas (21 Jun).
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/18/kenyataan-setiausaha-pas-selangor-tidak-tepat/