JOHOR BAHRU, Sabtu – Johor berhak memutuskan sama ada untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, autonomi negeri perlu dihormati terutama dalam perkara tertentu yang kerajaan Persekutuan tiada kuasa ke atasnya.
“Sekiranya Johor tidak akan meluluskan mana-mana undang-undang untuk membenarkan calon mereka bagi DUN dikurangkan kepada umur 18 tahun itu adalah hak mereka.”
– DATUK SERI DR WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR / Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Jelas Wan Junaidi , Untuk negeri bersetuju atau tidak bersetuju terhadap sesuatu mereka masih mempunyai autonomi untuk membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka mahu.
Katanya, Sekira Johor tidak akan meluluskan mana-mana undang-undang untuk membenarkan calon mereka bagi DUN dikurangkan kepada umur 18 tahun, dan itu adalah hak mereka.
Khamis lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan menjelaskan mengapa baginda belum memberi persetujuan mengenai pindaan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (Pindaan) untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Pada pembukaan rasmi Penggal Persidangan Pertama DUN yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor, Sultan Ibrahim bertitah had umur minimum untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor masih kekal 21 tahun.
Pada 6 Januari lepas, DUN Johor meluluskan enakmen berkenaan untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata, di peringkat Persekutuan, umur minimum calon pilihan raya untuk Ahli Parlimen masih 18 tahun dan ini mungkin menimbulkan kekeliruan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama dalam pilihan raya serentak.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/maklumat-dakwa-fenomena-aphelion-mula-palsu/