SHAH ALAM, Jumaat – Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha PAS Selangor, seperti disiarkan sebuah portal berita adalah tidak tepat serta tidak pernah berlaku ketika sesi menghadap Sultan Selangor berhubung festival Bon Odori.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha PAS Selangor, seperti disiarkan sebuah portal berita semalam adalah tidak tepat serta tidak pernah berlaku ketika sesi menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Munir Bani berkata, ketika sesi menghadap, baginda hanya menyatakan pendirian baginda kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bahawa baginda tidak menyekat Festival Kebudayaan Jepun ‘Bon Odori’ yang akan diadakan di Selangor pada 16 Julai depan.
Baginda berpandangan festival itu hanya berunsurkan kebudayaan semata-mata.
Kenyataan itu menyatakan, baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadirinya sehingga satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival itu, sama ada ia berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam.
Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam di bawah tajuk ‘Tiada Masalah antara kami, memberitahu yang mana dalam kandungan berita tersebut memetik sebagai berkata ‘Baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori’.
Kenyataan itu juga berkata, Baginda memberi pandangan dan kami juga sampaikan kepada baginda bahawa kami menghormati pendirian baginda’, adalah ditegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak berlaku sebenarnya ketika Pesuruhjaya PAS Selangor menghadap Sultan Selangor pada tarikh berkenaan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/18/bella-hadir-prosiding-mahkamah-hari-ini-siti-bainun-menangis/