KUALA LUMPUR, Sabtu – Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton pada hari Khamis lepas hasil tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.
Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.
Semasa ditemuramah oleh wartawan TV Pertiwi, Pelakon utama filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra berkata, wataknya itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar daripada almarhum Mat Kilau sendiri.
“Saya secara jujurnya menolak tawaran ini sebanyak 2 kali. Cabarannya bagi saya bukan mudah, mengangkat satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang besar iaitu Almarhum Mat Kilau itu sendiri. Terima kasih kepada pengarah memberi ruang meskipun lepas 3 kali baru bersetuju mengambil watak mat kilau bersama barisan pelakon yang lain.”
“Semoga mesej dalam filem Mat Kilau ini bukan sekadar hiburan aksi, akan tetapi fahamilah dan seeloknya, tak faham tidak mengapa tapi jangan salah faham.” kata DATUK ADI PUTRA / Watak Utama
Bagi Datuk Jalaluddin Hassan yang menyandang peranan sebagai Pembesar Melayu, beliau menyifatkan pengarah mempunyai idea yang hebat dalam mengadunkan aksi dan jalan cerita untuk mencapai setiap klimaks dalam babak yang ditonjolkan menerusi filem berkenaan.
“Jika kita lihat, seperti filem Hollywood sahaja yang mampu menghasilkan filem berkualiti sebegini, ini satu perkara yang kita harapkan, dimana untuk dijadikan satu ukuran kepada yang lain dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti untuk ditonjolkan kepada negara luar, bahawa filem kita ada ‘standard’ dan mampu untuk bersaing walaupun bajetnya kecil.” – DATUK JALALUDDIN HASSAN / Pelakon Mat Kilau.
Filem biografi ini juga menjadi satu karya yang segar hasil penulisan skrip oleh Shahrudin Dali.
“…kerana penulisnya yang seorang yang sangat arif dengan tanah melayu, iaitu Encik Syahrudin dan digarap pula oleh pengarah hebat Shamsul Yusof. Jadi saya percaya karya Mat Kilau ini karya ‘epic’ yang boleh beri mesej jelas mengenai semangat orang Melayu.” – JOHAN AS’ARI / Pelakon Mat Kilau
Menurut Datuk Yusof Haslam selaku pengarah filem, terdapat pelbagai kisah tokoh-tokoh sejarah Melayu yang lain yang boleh diadaptasikan oleh pengarah filem tempatan untuk dijadikan bukan sahaja sebagai filem hiburan semata, malah dijadikan untuk menerapkan semangat patriotisme dan semangat jati diri dikalangan anak muda.
“…harapan saya kepada filem Mat Kilau, semoga filem ini menjadi anjakan paradigma kepada filem-filem Melayu sebab kita dah lama, dan kita mempunyai banyak lagi tokoh-tokoh yang kita boleh dedahkan dalam bentuk visual di layar perak untuk kita memberi input kepada golongan muda. Jadi kita kena bangkitkan semangat perjuangan lah…” – DATUK YUSOF HASLAM / Pengarah Filem
Antara barisan artis lain yang membintangi filem ini ialah Beto Khusyairi, Fattah Amin,, Ali Karimi, Yayan Ruhian, Geoff Andre Feyaerts, Wan Hanafi Su, dan Zarina Zainoordin.
Filem ini mengisahkan pahlawan melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabatnya bangkit menentang penjajahan British. Kebijaksanaan Mat Kilau merancang penentangan kolonial British telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlaku pertempuran yang sengit demi membebaskan tanah air tercinta.
Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.
Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.
Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.
Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Pautan Video : https://fb.watch/dKfSNso4aB/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/16/ismail-sabri-umum-perkhidmatab-percuma-untuk-semua-kendalian-radpidkl-selama-sebulan/