KUALA LUMPUR, Jumaat – Ratusan peguam yang menyertai protes terhadap dakwaan cubaan melemahkan badan kehakiman, tidak dibenarkan berarak ke parlimen.
Ia selepas pihak penganjur tidak setuju dengan cadangan peserta untuk melepasi sekatan pihak polis dan bergerak dari tempat letak kereta dekat Padang Merbok, tempat mereka mula berkumpul, sejak jam sembilan pagi tadi.
Bagaimanapun, selepas lebih 30 minit pihak penganjur membuat rundingan bersama polis, hasrat kumpulan peguam berkenaan tidak dibenarkan.
Sehubungan itu Presiden Majlis Peguam Malaysia , Karen Cheah Yee Lynn berkata beliau telah menerima memorandum yang diterima oleh Majlis Peguam untuk diserahkan kepada Parlimen.
Memorandum diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin untuk diserahkan kepada Yang Berhormat menteri serta perdana menteri.
“….hari ini saya hadir bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menerima memorandum daripada Bar Council, dan saudari Karen juga adalah sahabat lama saya dan harini saya bertemu dengan ramai sahabat sahabat yang dulu saya beramal di Melaka. Jadi terima kasih di atas kerjasama dan saya mohon maaf atas segala kesulitan dan kepayahan yang berlaku pada hari ini. Dan saya akan serahkan kepada Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi dan Yang Berhormat Perdana Menteri Memorandum yang saya terima pada hari ini..”
– DATUK WIRA MAS ERMIEYATI / Timbalan Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang).
Dalam pada itu seramai hampir 300 Peserta perhimpunan yang terdiri daripada Peguam dari seluruh Negara peserta dilihat melaungkan perkataan ‘bebas kehakiman’ sambil terus memegang sepanduk ditulis ‘Jom Jalan For Judicial Independence’, ‘Get Ready Walk Steady’ dan Pertahan Kebebasan Kehakiman.
Terdahulu pada 27 Mei yang lepas, Badan Peguam mengundi pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), untuk mengadakan bantahan secara aman bagi menegakkan kebebasan kehakiman dan juga mengutuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali .
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/16/perdana-menteri-lancar-laluan-putrajaya-fasa-1-pagi-ini/