Ismail Sabri Umum Perkhidmatan Percuma Untuk Semua Kendalian RadpidKL Selama Sebulan

 

Perdana Menteri Ketika Menyampaikan Ucapan


KUALA LUMPUR : Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya fasa satu dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu sepanjang 17.5 kilometer siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.

Majlis Pelancaran yang disempurnakan oleh Perdana Menteri , Dato Seri Ismail Sabri itu siang tadi meliputi sembilan stesen baharu dan tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang, dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.

Tambah Ismail Sabri, Sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, beliau  mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

Jelasnya lagi, Pihak MRT juga kini dalam perancangan untuk menambah empat lagi stesen baharu pada masa akan datang agar akses kepada pengangkutan awam dapat terus ditingkatkan

Berita Penuh di Buletin Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perdana Menteri Lancar MRT Laluan Putrajaya Fasa 1, Pagi Ini

Next Post

Filem Mat Kilau Cabaran Besar Buat Para Pelakon

Related Posts