KUALA LUMPUR, Rabu – Umat Islam seluruh dunia masih menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada dua ahli politik India yang bertindak biadab menghina Nabi Muhammad SAW.
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Ahmad Kamsani berkata, tindakan menghina terhadap siapapun adalah perbuatan tidak wajar sama, lebih-lebih lagi jika penghinaan itu dilakukan oleh pemimpin negara.
Sehubungan itu katanya seluruh umat Islam perlu memboikot barangan dari India sebagai tindak balas terhadap kenyataan dua ahli politik negara itu serta sebagai amaran terhadap apa yang berlaku.
“Masyarakat dunia juga perlu lihat kekejaman yang berlaku di India terhadap umat Islam yang berlarutan sejak sekian lama.”
Memetik Ismaweb beliau berkata ,langkah itu wajar bagi sebagai tanda protes dan amaand aripada seluruh penduduk dunia.
Ujar beliau, kerajaan Malaysia juga haruslah melihat balik hubungan dengan India.
Terdahulu, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu mendesak supaya umat Islam di negara ini memboikot semua barangan keluaran India.
Jumaat lalu dalam satu bantahan aman di SuruhanjayaTinggi India Pengerusi PEMBELA Haji Aminuddin Yahaya berkata, tindakan awal itu perlu dilakukan sebagai tanda protes terhadap perbuatan dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) berhubung menghina Nabi Muhammad SAW.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/15/hina-nabi-muhammad-saw-polis-siasat-isu-video-tular/