KUALA LUMPUR, Rabu – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa BERSATU tetap akan mencalonkan pengganti Datuk Zuraida Kamaruddin yang memegang jawatan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi yang keluar parti BERSATU dan menyertai Parti Bangsa Malaysia baru-baru ini.
“Perdana Menteri menyatakan beliau akan berjumpa dengan saya selepas bertemu dengan Zuraida. Kini saya sedang menunggu tarikh perjumpaan berkenaan” katanya.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berhubung dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan mengenai kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Pagoh itu yang berpandangan kedudukan Zuraidi sebagai Menteri Industri Perladangan dan Komoditi itu perlu diganti kerana ia adalah kuota parti itu.
Muhyiddin berkata, kedudukan Zuraida sebagai menteri dahulu atas kapasiti beliau sebagai ahli BERSATU. Justeru itu, beliau menambah kuota jawatan menteri itu adalah milik BERSATU.
Bagaimanapun ujar beliau, keputusan untuk melantik siapa (sebagai menteri) adalah hak Perdana Menteri, dan BERSATU akan mencalonkan nama yang dianggap sesuai untuk menggantikan Zuraida.
Pada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar BERSATU untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Bagaimanapun Ismail Sabri menegaskan Zuraida masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas seperti biasa, selagi beliau tidak membuat keputusan.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/15/malaysia-ke-piala-asia-2023/