PUTRAJAYA, Rabu – Malaysia perlu kembali menjadi sebuah negara pertanian bagi mengurangkan pengimportan bahan makanan daripada negara luar.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, MPN menerusi mesyuarat MPN turut berbincang mengenai jaminan keselamatan makanan agar Malaysia tidak berdepan dengan detik cemas apabila tidak menyediakan bekalan makanan yang diperlukan.
“Kita berpendapat wajar untuk kerajaan meneliti semula dasar import bahan ternakan dan tidak bergantung kepada negara luar semata-mata,”
Muhyiddin berkata, berdasarkan Indeks Keselamatan Makanan Global pada tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-39 iaitu naik sebanyak sembilan anak tangga berbanding tahun 2020 dengan lapan komoditi utama stabil.
Beliau juga berkata, Malaysia ketika ini mengimport 100 peratus makanan ternakan ayam dan akan berlaku masalah jika berlaku gangguan pada rantaian makanan global.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia juga perlu meneroka secara lebih agresif dengan menggunakan teknologi moden bagi menghasilkan bahan keperluan makanan negara dan tidak perlu bergantung bahan yang diimport sahaja. Langkah ini katanya, dapat memastikan negara lebih maju dalam sektor industri makanan dan pertanian.
Mengulas lanjut katanya, beliau diberitahu oleh Menteri MAFI, Datuk Seri Ronald Kiandee bahawa hampir 500 juta biji kelapa diimport sedangkan negara mempunyai tanaman kelapa.
Justeru itu katanya, industri perlu dimajukan semula kerana kelapa semakin meningkat.
Malah, beliau menambah, sektor ternakan, pengeluaran susu juga boleh ditambah, dan bekalan ayam sudah dikeluarkan sehingga 200 peratus.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/15/keluarga-adib-tarik-rayuan-komital-terhadap-tommy-thomas/