KUALA LUMPUR, Rabu – Kerajaan memberi kebenaran khas untuk mengeksport ayam setelah mengadakan perbincangan lanjut bersama pemain-pemain industri.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan, tiga jenis komoditi itu merangkumi ayam daging berwarna iaitu ayam kampung dan ayam hitam sahaja. Selain itu, eksport itu juga termasuk semua produk berasaskan ayam dan Day Old Chick (DOC) Parent Stock saja.
Kerajaan turut menegaskan larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam boiler dan anak ayam Day Old Chick (DOC) umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuatkuasa. Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan barangan eksport komoditi itu perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit.
Menurut kenyataan itu, sebarang penyalahgunaan terhadap kebenaran khas ini boleh tindakan mengikut Subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 [Akta 728].
Denda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/?p=6262&preview=true