KUALA TERENGGANU, Rabu – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak berganjak dengan keputusan untuk bertanding secara solo di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat, berkata UMNO akan meletakkan calon bertanding secara solo di 32 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) serta lapan kerusi Parlimen.
“Kita tidak berganjak dengan keputusan bertanding secara solo terutama mempertahankan 10 daripada 32 kerusi DUN dan satu daripada lapan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU lalu,”
Memetik Berita Harian, keputusan bertanding secara solo tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS sudah diumumkan oleh Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said sebelum ini.
Ujar Rozi pendirian BN dan UMNO untuk bertanding secara solo dibuat atas desakan pengundi dan pimpinan parti di peringkat akar umbi.
Rozi yang juga yang juga Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, berkata pintu rundingan terutama membabitkan pengagihan kerusi dengan PAS sudah ditutup walaupun beberapa pemimpin parti itu mendakwa rundingan masih berlangsung.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/15/muhyiddin-tetap-mahu-calonkan-pengganti-zuraida/