Kuala Lumpur, SELASA –Mana-mana pihak perlu mempunyai autoriti sekiranya mahu bercakap atau menggesa Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) diadakan segera.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak tidak perlu risau kerana tempoh pembubaran parlimen akan bermula pada Julai ekoran sudah cukup penggal untuk mengadakan PRU 15.
“…bila sampai masa pilihan raya tetap diadakan apa pun sekarang sudah masuk penggal ke lima, dalam istilah parlimen dia panggil penggal tahun pertama lepas pilihan raya penggal pertama tahun kedua penggal kedua parlimen ke 14, penggal ke tiga…masuk bulan depan kita masuk penggal kelima parlimen ke 14 memanglah penggal kelima…so tidak perlu bimbang pru tetap akan diadakan dalam penggal kelima ini.”
Beliau berkata demikian dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.
Dalam pada itu, Annuar turut berkata kerajaan akan terus komited dalam menggalas tanggungjawab serta melaksanakan tugas sehingga parlimen dibubarkan.
“…apa yang saya hendak tekankan disini ialah kerajaan pimpinan yang amat berhormat perdana menteri dan Jemaah menteri ini, yang pertama adalah satu kerajaan yang telah membentuk satu consensus bagi nak buat kerja bukan politiking, yang kedua kerajaan pimpinan yang amat berhormat perdana menteri adalah komited untuk menjunjung titah perintah agong dan tidak akan lari daripada tanggungjawab itu secara menggelabah atau tak semena-mena nak buat-buat pilihan raya tidak ada, we work to do we have responsibilities that we should and must hold itu komitmen…”
Sebelum ini, Annuar dilaporkan berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebuah kerajaan yang stabil hasil dukungan semua pihak termasuk pembangkang.
Namun kenyataan itu dibidas oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Puad Zarkashi dan berkata Annuar tidak sepatutnya merendahkan kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang stabil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/13/manfaat-pertumbuhan-ekonomi-perlu-diagihkan-sama-rata-pakar/