“Entah apalah istimewanya Hua Zong kepada Perdana Menteri, sedangkan gabungan NGO Melayu nak berjumpa sangat susah dengan banyak alasan dan halangan.”
Demikian pandangan yang dikemukakan Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya yang mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan pemimpin cauvinis itu.
Mengkritik perkara itu, Aminuddin berkata, ia bukan perkara baharu tetapi sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama lagi, tidak kira di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, pertemuan itu sudah seperti tradisi apabila Perdana Menteri menyantuni mereka secara rapat, mesra, tertutup dan khas di pejabatnya.
Berbeza dengan layanan yang diberikan kepada NGO Melayu, Aminuddin merasakan pihaknya seperti terhina walaupun NGO-NGO sudah banyak berbakti dan berjuang membela agama, bangsa dan tanah air.
Semalam ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menerima kunjungan hormat pemimpin utama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), atas sebab mahu berkongsi pandangan mengenai ekonomi dan isu-isu semasa yang berlaku terhadap negara.
Sebelum ini Ismail Sabri secara lantang pernah menyatakan supaya Dong Zong diharamkan dan menganggap pertubuhan Cina itu rasis dan sempit serta mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu.
Kenyataan Ismail Sabri sebelum ini : https://www.facebook.com/ismailsabri60/photos/a.10152019631701282/10157832395171282/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/08/zuraida-sedia-lepas-jawatan-kabinet/