Kuala Lumpur – Gara-gara kecewa dengan tindakan dua orang ahli politik India baru-baru ini yang didakwa telah menghina Nabi Muhammad ﷺ dalam satu debat televisyen, pengguna Twitter mewujudkan tanda pagar #BoikotIndia.
“Nabi Muhammad SAW adalah Nabi kesayangan kami, Baginda telah menetapkan bahwa jangan sesekali berkata buruk tentang orang lain, dan apabila ada orang berkata buruk tentang baginda Nabi Muhammad SAW kita tidak boleh berdiam diri #BoikotIndia.” kata pengguna akaun Twitter @fanni95lineR.
Perkembangan itu hadir susulan ciapan berterusan netizen Malaysia yang hangat memperkatakan isu panas melibatkan ahli politik India itu. Malah, netizen Malaysia turut sepakat menyelar di media sosial dengan ciapan tanda pagar #BoikotIndia menjadi ‘trending’ di Twitter dengan mendapat lebih 5,000 tweet sejak beberapa hari yang lepas.
“Wahai India, kami boleh hidup tanpa gandum anda. Bukan negara anda sahaja yang mengeksport gandum ke seluruh dunia. Dan gandum bukan satu-satunya makanan yang ada. Jadi hentikan menggunakan lawak yang sama kerana ia menjengkelkan, Terima kasih.”
Ciapan bersama tanda pagar #BoikotIndia turut ditujukan kepada pemimpin negara India tatkala negara pengeluar gandum itu juga telah menghentikan export gandum dalam usaha menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negara itu susulan kenaikan mendadak dalam harga bijirin global.
Jurucakap kebangsaan BJP, Nupur Sharma digantung daripada keahlian utama parti pada Ahad kerana komen yang dibuat dalam perbahasan televisyen baru-baru ini, manakala Ketua Operasi Media Delhi BJP, Naveen Kumar Jindal dibuang kerja.
Malaysia bersama-sama Indonesia, Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik parti pemerintah India baru-baru ini yang didakwa menghina Islam.
Sementara itu, semakan TV Pertiwi pada Khamis turut mendapati kata kunci Boikot India, Boikot Indian Product dan Prophet Muhammad trending di laman Twitter.
Pautan Facebook : https://fb.watch/dxoGjEWM0S/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/05/20/majlis-hukama-muslimin-nafi-ada-kaitan-penubuhan-one-world-religion-chrislam-dan-agama-ibrahimi-abraham/