Zuraida Sedia Lepas Jawatan Kabinet

Kuala Lumpur – Ekoran pengumuman keluar daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Zuraida Kamaruddin sedia untuk melepaskan jawatan Kabinet sekiranya diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun beliau mendakwa masih belum dipanggil untuk bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Kita belum putuskan masa pertemuan itu lagi. Beliau katakan kita akan bertemu minggu ini, namun ia berkemungkinan sepanjang minggu ini juga. Kalau PM kata lepaskan jawatan Menteri, saya akan lepaskan.”

Beliau berkata pada waktu ini masih belum ada kata putus namun beliau telah bersiap sedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan akan akur sekiranya jawatan Menteri diminta untuk dilepaskan.

Zuraida yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang itu berkata beliau akan menghadiri mesyuarat Kabinet esok kerana masih lagi memegang jawatan menteri.

Terdahulu, Zuraida mengumumkan untuk keluar Bersatu pada 26 Mei lalu bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Highlight Video : https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/1994840164019690 

Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/05/20/pindaan-baru-perlembagaan-umno-mengurangkan-amalan-demokrasi-galakkan-kediktatoran-dalam-parti-tun-hamid/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH

Next Post

Tiada Alasan Lengah Bentang RUU

Related Posts