Haffiz Aziz
[email protected]
KUALA LUMPUR : Setiap kali tiba musim cuti sekolah sudah pastinya ibu bapa akan merancang percutian yang menarik untuk anak-anak mereka.
Pelbagai aktiviti yang boleh dibuat termasuk pulang ke kampung bagi menghabiskan cuti sekolah yang berbaki.
Namun bagi ibu bapa yang merancang percutian di sekitar Lembah Klang, harus dilihat keadaan dan situasi semasa. Ia berikutan ramai ibu bapa yang akan membawa keluarga mereka keluar pada waktu cuti sekolah ini.
Sudah pastinya keadaan sesak yang dipenuhi pengunjung akan tertumpu di kawasan tumpuan ramai.
Antara kawasan yang menjadi tumpuan di sekitar Lembah Klang adalah Zoo Negara, Taman Tema Sunway Lagoon, Aquaria KLCC dan kawasan tumpuan yang lain.
Tinjauan TV Pertiwi di laman sosial hari ini mendapati rata rata ibu bapa mengulas isu kesesakan yang berlaku di tempat tumpuan ramai.
“Ramai ibu bapa teruja berikutan sambutan luar biasa di tempat yang ingin dikunjungi selain permintaan luar biasa ketika musim cuti sekolah”
Malah ada ibu bapa yang menukar perancangan percutian mereka dari Lembah Klang ke negeri lain seperti Bandar bersejarah Melaka, Pusat Peranginan Cameron Highland, Taman Tema di Ipoh (Lost World Of Tambun) dan beberapa pusat riadah lain.
Oleh itu, ibu bapa yang ingin membawa anak anak bercuti pastikan anda merancang dengan lebih awal lokasi yang ingin dituju, bagi mengelak kesesakan yang teruk dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini akan berlaku.