Majlis Hukama’ Muslimin nafi ada kaitan penubuhan ‘One World Religion’, ‘Chrislam’, dan ‘Agama Ibrahimi/Abraham

PUTRAJAYA: Majlis Hukama’ Muslimin menafikan ada kaitan dengan penubuhan ‘One World Religion’, ‘Chrislam’, dan ‘Agama Ibrahimi/Abraham’ yang dikatakan dirasmikan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Presiden Pejabat Majlis Hukama’ Muslimin Malaysia, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, beliau sependapat dengan Pengerusi Majlis Hukama’ Muslimin, Syeikh Dr. Ahmad Al-Tayyib atau Syeikhul Azhar yang mengkritik keras desas-desus penubuhan agama Ibrahim itu.

Beliau berkata, perkara itu amat ditegaskan oleh Majlis Hukama’ Muslimin sejak 2011.

“Pendirian Syeikhul Azhar dalam isu-isu toleransi antara agama jelas dalam bukunya al-Qawl al-Tayyib dan itulah yang wajar menjadi pegangan seluruh umat Islam. Sebagaimana yang diamanahkan kepada saya oleh Syeikhul Azhar, Pejabat Majlis Hukama’ Muslimin Malaysia akan menterjemahkan semua penulisan Syeikhul Azhar mengenai terorisme, keamanan, dialog antara agama dan fiqh.”
Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakrim berkata dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

“Saya akan menjawab setiap pertuduhan yang dibawakan dan menjelaskannya secara terperinci melalui siri Al-Mawaqif dalam Maktabah Al-Bakri dalam masa terdekat,”

Beliau tidak akan mengambil pendekatan dalam bentuk konspirasi dan propaganda bagi menjawabnya kerana prinsipnya adalah kejahilan perlu ditentang dengan ilmu dan akhlak.

Zulkifli berkata, Majlis Hukama’ Muslimin ditubuhkan pada 2014 hasil resolusi persidangan di UAE yang mempertemukan ulama serata dunia seperti Syeikhul Azhar, Al-Allamah Syeikh Abdullah Bayyah, Sheikh Mohammed al-Noor Mohammed al-Hilw.

Menurutnya, matlamat penubuhannya adalah mempromosikan keamanan, menolak Islamofobia, menyemai budaya toleransi antara agama dan memerangi ekstremisme serta terorisme.

“Islam selama-lamanya tidak akan menyamai mana-mana agama di dunia dan ia tidak menghalang kita untuk hidup bersama, saling menghormati dan hidup dalam perpaduan atas nilai-nilai sejagat,” 

Sebelum ini, beberapa maklumat tersebar menerusi media sosial yang mengaitkan Syeikhul Azhar dan Zulkifli dengan penubuhan ‘Chrislam’ termasuk beberapa gambar disebarkan melibatkan Syeikhul Azhar dan Paus Francis.

Syeikhul Azhar dan Paus Francis ada menandatangani Dokumen Perpaduan Insani dan Kehidupan Bersama pada 4 Februari 2019, namun ia sama sekali tidak berkaitan dengan penubuhan ‘Chrislam’ atau usaha penyatuan agama.

– UTUSAN

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

4 tahun-UKSB serah wang bulanan kepada Zahid, untuk Kontrak Sistem Visa Luar Negara

Next Post

Pindaan baru perlembagaan UMNO, mengurangkan amalan demokrasi, galakkan kediktatoran dalam parti – Tun Hamid

Related Posts