KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak berikutan orang ramai balik ke kampung sempena Aidilfitri, hari ini.
Tinjauan menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga jam 9 pagi tadi mendapati trafik sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan.
Aliran trafik sesak di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung; Bukit Tagar ke Tanjung Malim; Slim River ke Sungkai; Sungkai ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Tapah; persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak.
Trafik juga perlahan di lebuh raya sama arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya; selepas Sungai Buaya ke Bukit Tagar; dari Lembah Beringin ke Behrang; susur keluar persimpangan Sungkai ke Plaza Tol Sungkai; dari Bidor ke Gopeng; dari Ipoh Selatan ke Ipoh Utara dan sebelum Sungai Perak ke Kuala Kangsar.
Selain itu, Lebuhraya Utara Selatan arah utara turut perlahan dari Rawang ke Sungai Buaya; dari Slim River ke Sungkai akibat ‘bottle neck’ dan dari Tapah ke Gopeng.
Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pula, trafik sesak arah timur dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) (Bandar Dalam) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) (Taman Melawati) ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.