Varian XE belum dikesan di Malaysia

FOTO: Kementerian Kesihatan
FOTO: Kementerian Kesihatan

IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Malaysia belum mengesan kehadiran mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE yang setakat ini hanya dikesan di negara jiran iaitu Thailand.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang mengikuti perkembangan berkaitan varian baharu itu yang mana KKM sendiri belum mengetahui ciri-cirinya varuan berkenaan.

Jelas Khairy, ada dua benda yang  dilihat pada varian baharu ini iaitu kebolehjangkitan dan keseriusannya.

Kebolehjangkitan Omicron contohnya lagi tinggi daripada Delta, sebab itu kes melambung naik…tetapi keseriusan (Omicron) lebih sederhana daripada Delta, sebab itu kita punya Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak penuh seperti dahulu.

Katanya Malaysia belum lagi dikesan varian XE, tetapi Thailand sudah menular kes terbabit.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pihaknya perlu melihat secara lebih mendalam daripada aspek kebolehjangkitan dan keseriusan varian baharu itu terhadap negara lain.

Media sebelum ini melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai satu mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian COVID-19.

Menurut laporan Times of India, WHO menerusi laporan terbaharunya berkata, varian berkenaan adalah gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2.

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sindiket seludup minyak diesel, tumpas

Next Post

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 dibayar 25 April

Related Posts