Undi Melayu, PRN Johor & Melaka jadi petunjuk pada PRU 15

Kongsikan artikel ini:

JIKA keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan mengenai pendirian orang Melayu pada masa ini terhadap parti-parti politik di Malaysia, keputusan PRN Johor mengesahkan apa yang ditunjuk oleh keputusan PRN Melaka itu.

Melihat bilangan parti-parti yang mengharapkan undi orang Melayu dan bilangan calon-calon Melayu yang bertanding di sesuatu kawasan yang lebih ramai daripada di Melaka itu, amat mengecewakan. Ia menunjukkan pemimpin-pemimpin parti-parti Malay based itu langsung tidak kisah jika tindakan mereka akan memberi kemenangan semula kepada Pakatan Harapan dan apa akan terjadi kepada orang Melayu/Islam. Yang menjadi pertimbangan hanyalah kepentingan parti dan diri.

Nasib baiklah kebanyakan orang Melayu menyedari bahaya perpecahan undi Melayu itu dan memberi sokongan kepada satu parti Malay based iaitu UMNO, dengan itu mengelak kemenangan Pakatan Harapan. 

Kita lihat keputusannya dahulu. Daripada jumlah 56 kerusi yang dipertandingkan BN memenangi 40 kerusi (71.4%) iaitu UMNO 33 kerusi, MCA 4 kerusi dan MIC 3 kerusi. Pakatan Harapan memenangi 11 kerusi iaitu DAP 10 kerusi dan Amanah satu kerusi (termasuk PKR satu kerusi menjadi 12 kerusi (21.4%)). Perikatan Nasional memperolehi 3 kerusi (5.3%) iaitu Bersatu 2 kerusi dan Pas satu kerusi. Muda cuma memperolehi satu kerusi (1.7%). Pejuang, Warisan, Putra, Parti Bangsa Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan calon-calon bebas tidak memenangi satu kerusi pun.

Kedudukan ini boleh dikatakan sebagai ulangan kedudukan di Melaka di mana daripada 28 kerusi yang dipertandingkan BN memenangi 21 kerusi (75%) iaitu UMNO 18 kerusi, MCA 2 kerusi dan MIC satu kerusi. Pakatan Harapan memenangi 5 kerusi (23.8%) iaitu DAP 4 kerusi dan Amanah satu kerusi. PKR tidak memenangi satu kerusi pun. Perikatan Nasional memenangi 3 kerusi (14.2%) iaitu Bersatu 3 kerusi manakala Pas tidak memenangi satu kerusi pun. Parti-parti lain dan calon-calon bebas tidak memenangi satu kerusi pun.

Keputusan PRN Johor sekali lagi menunjukkan bahawa sebahagian besar pengundi-pengundi Melayu, terutama sekali yang bakal mengundi UMNO/BN, yang telah lari dan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU 14 (2018), telah kembali mengundi UMNO/BN semula. Itu bukan bererti mereka telah memaafkan pemimpin-pemimpin UMNO yang korup, tetapi kerana mereka betul-betul serik dengan Pakatan Harapan dan penyokong-penyokongnya. Saya percaya pendirian ini serupa di negeri-negeri lain di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.

Bagi Pakatan Harapan, yang tinggal kepadanya hanyalah undi orang-orang Cina yang setia kepada DAP. Sebilangan pengundi-pengundi Cina juga telah kembali kepada BN. Pengundi-pengundi India yang dijanjikan akan menjadi jutawan oleh Hindraf apabila mereka menang kes di England telah menyedari di mana nasib mereka telah bergantung semenjak Merdeka, juga telah kembali semula kepada BN. Maka MCA dan MIC yang pada suatu masa mengancam keluar daripada BN pun tentu tidak berfikir untuk berbuat demikian lagi. PPP telah pi (kata orang Utara) dan tidak kedengaran lagi. Gerakan yang dengan angkuhnya keluar dari BN cuba mendekatinya semula. Apabila tidak diterima ia menyertai Perikatan Nasional bersama-sama Bersatu. Nasibnya dapat dilihat sekarang. 

Keserikan orang Melayu dengan Pakatan Harapan turut dirasai parti-parti Malay based dalam Pakatan Harapan. Paling dirasai akibatnya ialah PKR yang tidak mendapat satu kerusi pun di Melaka dan hanya satu kerusi di Johor. Kemenangannya di Johor itu pun adalah dalam pertandingan empat penjuru di kawasan majoriti Cina di mana semua calon-calon adalah bukan Melayu dengan mengalahkan calon BN daripada MIC dengan majoriti 137 undi. Ia hanyalah satu fluke (kebetulan). Saya percaya PKR akan lebih berjaya terutama sekali di kawasan Melayu jika ia tidak berada dalam Pakatan Harapan.  

Berdasarkan dua PRN ini,  dalam PRU15 kelak kawasan-kawasan majoriti Cina manakah yang akan diberi kepada keluarga Presiden PKR dan sanggupkah DAP  memberinya?

Saya fikir keputusan di dua PRN itu adalah petunjuk bahawa cita-cita seumur hidup Presiden PKR itu tidaklah akan tercapai dalam PRU15 ini. Saya fikir sudahlah tiba masanya bagi beliau menerima hakikat itu sebagai takdir dan bersara daripada politik.

Saya tidak fikir Amanah boleh mengharapkan undi Melayu untuk menang. Orang Melayu melihatnya sebagai boneka DAP. Saya tidak fikir ia boleh kekal lama.

Dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini kita telah melihat sejarah Bersatu yang sangat menarik. Ia lahir dengan gagahnya, mencabar UMNO yang dikuasai pemimpin-pemimpin yang korup, mewujudkan gabungan yang menjatuhkan karajaan BN yang berkuasa selama 60 tahun. 

Tidak sampai dua tahun, Bersatu berpecah, menyebabkan jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan. Tidak sampai dua tahun selepas itu, Pejuang-Tun Dr Mahathir yang tidak memenangi satu kerusi pun jelas sedang menuju ke akhir sejarahnya. 

Dalam rencana saya bertajuk  “Pembahagian Kawasan Pilihan Raya Antara Parti-Parti Komponen PN Dalam PRU15” (22 06 2020) saya telah menelah “… jika Bersatu bertanding sendiri dalam PRU15 di kawasan-kawasan yang dimenanginya dalam PRU14 dan UMNO dan PAS mengelak bertanding sesama sendiri, saya yakin Bersatu tidak boleh menang lebih daripada bilangan jari sebelah tangan, mungkin tidak langsung.”

Saya mengulanginya dalam rencana bertajuk “TS Muhyiddin Kembali Kepada UMNO: Sokongan Terhadap Cadangan DS Nazri Aziz” (09 07 2020), “Jika Bersatu bertanding sendiri dalam PRU15, ia akan terkubur.”

Tidak sampai dua tahun kemudian, dalam PRN Johor, negeri TS Muhyiddin sendiri, walaupun bersama-sama Pas yang selepas PRU14 mendabik dada sebagai pengganti UMNO, bilangan kerusi yang Bersatu menangi hanyalah dua kerusi. 

Ingat kembali, selepas PRU14, Tun Dr Mahathir telah berusaha untuk menarik Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu dan menjadikan Bersatu pengganti UMNO. Sebilangan Ahli-Ahli Parlimen dan bekas-bekas Menteri kanan di era-Mahathir meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu. Tun Dr. Mahathir dengan yakin melaungkan bahawa UMNO akan terkubur. Menteri-menteri kanan di era-Najib yang menang atas tiket UMNO/BN juga hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyeberang hinggalah Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands mengubah fikiran mereka. 

Hari ini, mereka tentu berterima kasih kerana nasib mereka yang baik. Bagaimana dengan mereka yang telah menyeberang kepada Bersatu? Antara mereka ialah DS Mustapa Mohamed. Mungkin beliau akan terpaksa berdepan dengan Dato’ Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO, di Jeli. Biar apa pun yang akan terjadi kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin, beliau telah berjasa kepada bangsa Melayu kerana menjatuhkan Pakatan Harapan. Beliau patut kembali kepada UMNO sebelum PRU15 dan diterima dengan tangan terbuka dan diberi pengecualian untuk bertanding semula atas tiket UMNO/BN. Sebelum itu mungkin beliau boleh berbuat satu perkara lagi: bubarkan Bersatu.

Tan Sri Muhyiddin pula eloklah bersara. Beliau boleh diingati kerana jasanya menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir daripada manjadi Perdana Menteri dan membuka jalan bagi UMNO/BN berkuasa semula.

Pas, setelah menandatangani Muafakat Nasional, lebih terpikat dengan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Pakatan Harapan, saya percaya kerana wang ihsan petroleum. Selepas jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan TS Muhyiddin menjadi Perdana Menteri faktor wang ihsan petroleum dan pemberian jawatan dalam Kabinet dan GLC manakala Presidennya DS Haji Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri (tidak tahu apa yang dibuatnya) telah menjadikan Pas  lebih rapat kepada Bersatu dan semakin renggang daripada UMNO. Apa yang dapat diberi oleh UMNO? Pukulan terakhir ialah apabila Pas menyertai Perikatan Nasional sebagai salah satu parti komponennya, dengan itu menguburkan Muafakat Nasional.

Ia menyertai PRN Melaka atas tiket Perikatan Nasional dengan penuh keyakinan tetapi adalah nyata bahawa tahaluf siasinya salah lagi. Adakah ia akan terus berganding dengan Bersatu lagi dalam PRU15? Saya tidak  hairan jika, selepas dua PRN itu,

UMNO pula yang jual mahal. Jika UMNO masih bersedia bekerjasama sekalipun, UMNO tentu tidak semudah sebelum dua PRN itu untuk menyerah kawasan Parlimen dan DUN kepada Pas. Jangan-jangan selepas PRU15 Pas hanya tinggal Kelantan, itu pun dengan bilangan kerusi yang berkurangan. Pada pandangan saya PRU15 akan menyaksikan Kedah kembali kepada BN manakala Bersatu, Pejuang, PKR dan Amanah akan terkubur.

Tidak boleh dinafikan bahawa UMNO telah membuat kepusan yang betul dalam memasuki dua PRN itu secara bersendirian. Tindakan itu memberi peluang kepadanya untuk menguji kekuatannya dan ia berjaya. Kita patut mengucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO dalam hal ini.

Tetapi kejayaan mereka adalah kerana sokongan orang Melayu yang rata-rata amat serik dengan Pakatan Harapan dan masih sayangkan UMNO. UMNO terhutang budi kepada orang Melayu, bukan sebaliknya. UMNO janganlah take it for granted. Pemimpin-pemimpin UMNO janganlah mula angkuh dan kembali kepada sikap dan amalan sebelum PRU14. Mereka mestilah ingat bahawa pengundi-pengundi Melayu tidak memaafkan amalan korup mereka sebelum PRU14. Orang Melayu memberi kuasa semula kepada mereka di dua buah negeri itu dan akan memerhati apa yang mereka lakukan.

Adalah lebih menguntungkan UMNO/BN jika PRU15 diadakan segara. Perdana Menteri DS Ismail Sabri patut mula berfikir dengan serius untuk menasihatkan SPB Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen bagi membolehkam PRU15 diadakan. Beliau hendaklah mengenepikan kepentingan diri seperti takut tidak akan menjadi Perdana Menteri lagi selepas PRU15. Biarlah parti dan SPB Yang di-Pertuan Agong menentukannya.

Apa yang lebih penting ialah, janganlah setelah melihat UMNO telah kuat kembali, pemimpin-pemimpin UMNO berebut kuasa semula. Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya “Keputusan PRN Melaka: Pengajaran Kepada Parti-Parti Melayu Dalam PRU15” (22 11 2022) “…orang Melayu masih mahukan UMNO tetapi mereka mahu UMNO berubah.” Orang Melayu mahukan UMNO yang bersih daripada amalan korup pemimpin-pemimpinnya. 

Bagi mereka yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, adalah lebih elok jika mereka lie low terlebih dahulu sehingga mahkamah tertinggi membebaskan mereka daripada semua pertuduhan. Sehingga mereka dibersihkan, mereka tidak sepatutnya bertanding dalam PRU15 atau duduk dalam Kerajaan, jika menang sekalipun. Ini soal  imej parti dan negara.

Mereka juga tidak sepatutnya menggunakan kemenangan pilihan raya untuk Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan (seperti yang dilakukan semasa pemerintahan Pakatan Harapan) atau mendapat pengampunan, jika didapati bersalah, seperti dalam kes DS Anwar Ibrahim (juga semasa pemerintahan Pakatan Harapan). Diharapkan Lembaga Pengampunan tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. – Sila baca rencana-rencana saya bertajuk “Pengampunan Dato’ Sri Anwar Ibrahim Atas Dasar Apa?” (12 05 2018), “Kuasa Pengampunan” (13 05 2018) dan “Pengampunan Dato’ Seri Anwar Dan Keadilan kepada Saiful” (14 05 2018) dan “Power Over Justice” (31 08 2018). (Kesemuanya boleh didapati dalam laman web saya.)

Akhir kata, satu perkara yang patut dipuji ialah istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar tidak diadakan pada malam kiraan undi itu juga seperti yang dilakukan di beberapa buah negeri. Ia memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli yang berhormat itu, yang bertanding dan menang atas tiket partinya, tidak boleh dipercayai walaupun untuk satu malam, khuatir mereka akan melompat parti. Bahawa terdapat majoriti kecil atau besar bukanlah pertimbangannya. Ini soal kestiaan kepada parti dan maruah diri. Pihak istana tidak sepatutnya melayan cubaan berbuat demikian. Kehormatan Raja mestilah dijaga.

15 03 2022

[email protected]

http://www.tunabdulhamid.my

https://tunabdulhamid.me

Kiriman Berkaitan

Oleh: Azzman Jamal   BANGI, Isnin – Ahli UMNO diminta tidak membuat sebarang spekulas membabitkan …

Oleh: Azzman Jamal   BANGI, Isnin – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup …

Oleh: Azzman Jamal   BANGI, Isnin – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sandwic ‘Ham …

Oleh Wartawan TV Pertiwi   BANGI, 13 Rejab — Rundingan gencatan senjata dijangka bakal membuahkan …

TV Pertiwi adalah satu platform berita online yang dikendalikan sepenuhnya oleh Kerengga Merah Sdn Bhd (KMSB).

KMSB ditubuhkan pada Julai 2018 dan berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

TV Pertiwi juga berdaftar secara rasmi sebagai media online dengan Jabatan Penerangan Malaysia.

Dalam penyelengaraan

1. Editor Berita dan Isu Semasa

2. Wartawan Siaran

3. Pelajar Latihan Amali (Penyiaran & Kewartawanan)

Dasar Privasi ini terpakai untuk sambungan, akses dan penggunaan anda di semua laman web, laman web berkaitan dan aplikasi yang berkaitan TV Pertiwi (“Laman”) dan perkhidmatan dan / atau produk yang disediakan oleh Kerengga Merah Sdn Bhd dan syarikat-syarikat gabungannya (termasuk syarikat-syarikat induk, syarikat-syarikat subsidiari, syarikat-syarikat berkaitan dan syarikat-syarikat bersekutu) (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan” atau “kami”). Dengan mengakses mana-mana halaman atau ciri Laman dan / atau menggunakan perkhidmatan dan / atau produk, anda bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi ini tanpa batasan atau kelayakan.

Jika anda tidak menerima Dasar Privasi ini, sila hentikan akses anda ke Laman dengan segera atau jangan memberi apa-apa Data Peribadi anda kepada kami.

1. Pengumpulan Data Peribadi

1.1. Bagi tujuan Dasar Privasi ini, Data Peribadi bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berkenaan dengan nama, umur, nombor telefon, telefon bimbit dan faksimili, alamat e-mel, alamat kediaman dan/atau pejabat, nombor kad pengenalan/nombor paspot, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, bangsa, etnik, kewarganegaraan, pekerjaan, maklumat anak-anak, imej (termasuk gambar) dan suara dan / atau kesamaan dalam format audio dan / atau video, banjaran pendapatan, maklumat majikan, maklumat bank, maklumat kad kredit, data sosio dan/atau gaya hidup, alamat IP anda dan apa-apa maklumat lain mengenai anda yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa.

1.2. Data Peribadi anda akan dikumpulkan daripada pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: –

(a) secara langsung daripada anda melalui apa jua cara dan/atau dalam apa jua perkara;
(b) diperolehi secara bebas daripada sumber-sumber umum yang sedia ada atau sumber-sumber lain yang sah;
(c) melalui Laman dan dari cookies yang digunakan di Laman ini;
(d) diperolehi daripada pelbagai entiti atau bahagian dalam Kumpulan; dan
(e) diperolehi daripada pihak-pihak ketiga.

2. Cookies dan Peranti Penjejakan lain

2.1. Kami mungkin menggunakan cookies dan teknologi penjejakan lain untuk meningkatkan dan memperibadikan penggunaan Laman ini. Cookies adalah kepingan kecil maklumat yang disimpan di cakera keras komputer atau peranti anda untuk tujuan penyimpanan rekod, dan digunakan oleh kami untuk mengesan lawatan anda. Cookies boleh digunakan untuk menyimpan pilihan anda untuk kemudahan anda semasa menggunakan Laman ini.

2.2. Dari semasa ke semasa, kami mungkin membenarkan pihak ketiga (termasuk pengiklan) untuk menetapkan cookies di Laman kami untuk tujuan yang mungkin termasuk penyelidikan pasaran, iklan, penjejakan pendapatan, untuk meningkatkan kefungsian Laman atau pemantauan bagi pematuhan degan perjanjian pengguna atau perjanjian langganan yang berkaitan. Kami mungkin tidak mempunyai akses kepada cookies pihak ketiga ini dan pihak-pihak ini mungkin mempunyai dasar privasi mereka tersendiri dan maklumat yang dihasilkan oleh cookies tersebut daripada penggunaan di Laman ini mungkin dihantar dan disimpan di pelayan pihak ketiga tersebut.

2.3. Anda boleh memilih untuk memadam atau menyekat cookies tersebut dengan mengubah tetapan pada komputer atau peranti anda. Walaubagaimanapun, memilih untuk berbuat demikian boleh mengurangkan fungsi Laman, kualiti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan / atau produk atau boleh menghalang akses ke kawasan bagi pendaftaran / langganan sahaja atau ciri-ciri tertentu Laman.

3. Sekuriti

3.1. Kami telah melaksanakan teknologi, dasar dan langkah yang munasabah yang direka untuk mengamankan dan melindungi privasi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, penggunaan yang tidak wajar, pendedahan dan pengubahan.

3.2. Walaupun kami akan menggunakan usaha terbaik untuk mengekalkan pelan keselamatan yang kami anggap secukupnya untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak menjamin bahawa Laman ini akan bebas daripada pelanggaran keselamatan, terutama disebabkan oleh tindakan pihak ketiga yang tidak dibenarkan seperti tetapi tidak terhad kepada serangan spoof, hacking sesi, sniffing atau pengganguan.

3.3. Apabila anda mendaftar atau melanggan sebarang perkhidmatan dan / atau produk, anda boleh diberikan identiti unik yang terdiri daripada identiti pengguna anda dan / atau kata laluan anda (“Identiti”). Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan Identiti anda dijamin dan tidak berkongsi atau membolehkan sesiapa sahaja untuk mengakses Identiti anda (sama ada anda telah bertindak secara lalai atau tidak). Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pelanggaran keselamatan atau privasi di mana ia disebabkan oleh apa-apa tindakan atau peninggalan oleh anda yang membolehkan pihak ketiga untuk mengakses Identiti anda atau Laman dan perkhidmatan dan / atau produk melalui Identiti anda.

4. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

4.1. Data Peribadi anda akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami untuk tujuan berikut: –

(a) untuk mengesahkan Identiti anda;
(b) untuk pendaftaran akaun pengguna dan untuk mengurus dan mengekalkan akaun atau keahlian anda dengan kami;
(c) untuk menghantar kepada anda jemputan ke pelancaran produk, bahan promosi, perkembangan terkini, tawaran istimewa dan iklan untuk tujuan pemasaran;
(d) untuk membekalkan kepada anda perkhidmatan dan/atau produk yang ditawarkan oleh kami atau pihak ketiga yang diminta oleh anda atau yang kami berpendapat mungkin diminati oleh anda atau untuk memproses sebarang permohonan atau selainnya apa-apa komunikasi daripada anda kepada kami;
(e) untuk memproses penyertaan anda dan untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan oleh kami;
(f) untuk memproses bayaran yang berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan dan/atau produk;
(g) untuk memaklum balas kepada pertanyaan atau aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian;
(h) untuk mengekalkan rekod pelanggan kami dan pelanggan bakal dan penyimpanan rekod dalaman kami;
(i) untuk menjalankan penyelidikan;
(j) untuk tujuan pentadbiran dalaman, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan dan perlaksanaan apa-apa penilaian, statistik, analisis atau laporan dalaman berhubung dengan pelanggan kami, pelanggan berpotensi, produk dan perkhidmatan kami;
(k) untuk tujuan penyediaan dan penyerahan apa-apa tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak atas apa jua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan kami;
(l) untuk mematuhi sebarang undang-undang atau peruntukan regulatori dan/atau membuat pendedahan-pendedahan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan/atau kod yang terpakai kepada kami dan/atau bagi pencegahan jenayah;
(m) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan / atau produk yang mungkin disediakan untuk anda;
(n) untuk mengimbas mesej secara automatik untuk memeriksa spam, penipuan, serangan phishing, virus komputer atau malicious pengaturcaraan komputer, dan aktiviti malicious yang lain atau kandungan haram atau dilarang; dan
(o) untuk apa-apa tujuan yang berkenaan atau secara sampingan atau lanjutan dari peniagaan atau matlamat Kumpulan.

Dengan menggunakan mana-mana ciri Laman dan perkhidmatan dan/atau produk yang dibekalkan oleh kami, anda bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan dan pendedahan (mengikut mana yang berkenaan) Data Peribadi anda oleh kami seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

4.2. Kami perlu mengumpul dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan di atas untuk memberikan anda perkhidmatan dan / atau produk. Sekiranya anda gagal untuk memberikan Data Peribadi kepada kami atau Data Peribadi adalah tidak memuaskan bagi kami atau anda memilih untuk mengeluarkan Data Peribadi anda, perkhidmatan dan / atau produk atau ciri Laman tertentu mungkin tidak tersedia untuk anda atau kami tidak dapat membekalkan pelbagai jenis manfaat perkhidmatan dan/atau produk yang dibekalkan oleh kami dan/atau melaksanakan obligasi kami di bawah mana-mana bakal kontrak atau yang sedia ada dengan anda. Dalam keadaan sedemikian, kami tidak akan bertanggungjawab atas gangguan, ketiadaan pembekalan, atau kehilangan perkhidmatan dan/atau produk dan/atau bagi apa-apa kerugian dan/atau ganti rugi yang berbangkit.

5. Pendedahan Data Peribadi

5.1. Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami akan dirahsiakan. Walaubagaimanapun, anda bersetuju bahawa kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut sebagaimana yang perlu atau sesuai termasuk dan tidak terhad kepada yang berikut: –

(a) mana-mana pihak di mana kami dikehendaki untuk berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai maklum balas kepada mana-mana pihak berkuasa, agensi kerajaan, dan/atau pengawal selia industri;
(b) pihak kewangan, juruaudit, penasihat undang-undang, penasihat kewangan, akauntan kami dan penasihat profesional yang lain;
(c) pembekal perkhidmatan dan produk pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada teknologi maklumat;
(d) pengiklan, pengendali rangkaian, syarikat pengurusan hartanah, kontraktor atau sub-kontraktor kami; dan/atau
(e) rakan usahasama dan/atau rakan kongsi niaga kami atau mana-mana syarikat yang berkaitan atau berhubungan dengan kami.

5.2. Apabila anda menjadi pemenang dalam suatu peraduan atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kami, kami mungkin menyiarkan nama anda, gambar-gambar dan Data Peribadi lain tanpa pampasan bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.

5.3. Kami akan berusaha untuk memastikan langkah-langkah sewajarnya diambil supaya pihak ketiga tersebut tidak menggunakan Data Peribadi selain daripada tujuan yang dinyatakan di sini dan untuk memastikan kerahsiaan Data Peribadi yang mencukupi. 

6. Pautan

6.1. Laman ini mungkin mempunyai pautan kepada laman web lain. Di mana kami menyediakan pautan, ia tidak bermakna kami mengesahkan atau meluluskan dasar laman tersebut terhadap privasi pelawat. Anda harus menyemak dasar privasi mereka sebelum menghantar sebarang data peribadi kepada mereka.

7. Pemindahan Data Peribadi

7.1. Anda dengan ini membenarkan Data Peribadi yang telah anda bekalkan kepada kami atau pembekal-pembekal perkhidmatan atau produk pihak ketiga kami, boleh dipindah di dalam atau di luar Malaysia, di mana kami berpendapat perlu bagi tujuan pembekalan perkhidmatan dan/atau produk kepada anda. Kami akan berusaha untuk memastikan Data Peribadi tidak digunakan selain untuk tujuan yang dinyatakan di sini dan untuk memastikan kerahsiaan Data Peribadi yang secukupnya.

8. Akses kepada Data Peribadi

8.1. Anda mempunyai hak untuk:-

(a) meminta akses kepada Data Peribadi anda;
(b) meminta untuk membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini;
(c) meminta menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran;
(d) menarik balik kebenaran anda bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan di sini atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda; dan/atau
(e) membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda,

tertakluk kepada sekatan undang-undang dan/atau syarat-syarat kontrak yang berkenaan.

Bagi tujuan di atas, sila hubungi kami di alamat berikut:-

Alamat : Pertiwi TV, l 8-03-03A, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi.

Email:

8.2. Kami berhak untuk mengenakan bayaran untuk memproses mana-mana permohonan akses Data Peribadi.

9. Data Peribadi yang Diberikan oleh Anda

9.1. Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang-orang/syarikat-syarikat berkenaan dengan Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami untuk tujuan yang dinyatakan di sini.

10. Pemindaan Dasar Privasi

10.1. Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu dan anda akan dianggap telah menerima perubahan tersebut jika anda terus mengakses atau menggunakan Laman atau perkhidmatan dan / atau produk selepas perubahan tersebut.

TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB INI

Anda perlu bersetuju dengan syarat-syarat penggunaan. Jika tidak, sila jangan gunakan website ini.

TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN LAMAN WEB

TV Pertiwi berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengubah , mengubahsuai, menambah atau mengeluarkan bahagian daripada :

Syarat-syarat penggunaan, laman web ini, termasuk apa-apa kandungan , produk, perkhidmatan atau ciri laman web, dan berubah dalam apa-apa yuran atau caj.

Perubahan akan berkuatkuasa sebaik sahaja dan anda mengakui bahawa pemberitahuan elektronik ( dengan menyiarkan di laman web ini atau melalui e-mel ) adalah mencukupi dan faedah melalui kos menurun dan fleksibiliti meningkat dan kelajuan.

Penggunaan laman web ini selepas notis itu akan dianggap sebagai penerimaan perubahan tersebut.

HAK MILIK

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh TV Pertiwi. Perisian , semua halaman , imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik TV Pertiwi, melainkan jika dinyatakan dengan jelas atau dilindungi oleh pengecualian berikut.

Jenama dan tanda perdagangan adalah kepunyaan pemilik masing-masing .

Pengendorsan, komentar , imej, pautan ke laman pihak ketiga di mana ia mengandungi nama-nama produk, nama syarikat , cap dagang atau komponen proprietari lain adalah harta pemilik masing-masing .

Gambar yang digunakan untuk hiasan dari laman web ini telah dibeli sebagai royalti percuma imej saham di bawah lesen.

HAK CIPTA

Bahan yang terkandung dalam laman web ini adalah hak cipta TV Pertiwi, melainkan dinyatakan sebaliknya. Selain daripada kandungan yang oleh sifat bertujuan untuk dimuat turun untuk kegunaan dalaman anda, semua kandungan lain adalah terhad yang dibenarkan di bawah Akta Hak Cipta Malaysia.

Jika dengan niat yang baik anda percaya bahawa bahan-bahan di laman web ini melanggar hak cipta anda, anda boleh menghantar kami notis meminta bahawa bahan yang dikeluarkan. Maklumat perhubungan boleh menyediakan menggunakan pautan di bahagian bawah halaman ini.

PENGGUNAAN LAMAN INI

Ciri-ciri tertentu atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web ini mungkin memerlukan anda untuk membuka akaun ( termasuk menubuhkan sebuah pengenalan pengguna dan kata laluan) . Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat akaun anda, termasuk kata laluan anda dan untuk apa-apa dan semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda . Anda bersetuju untuk memberitahu TV Pertiwi dengan serta-merta apa-apa penggunaan yang tidak dibenarkan akaun atau kata laluan anda, atau mana-mana pelanggaran keselamatan yang lain . Anda mungkin bertanggungjawab atas kerugian yang ditanggung oleh perniagaan bersih atau mana-mana pengguna lain dalam laman web kerana orang lain menggunakan akaun dan kata laluan anda.

Anda tidak boleh menggunakan akaun orang lain atau kata laluan tanpa memberi kebenaran nyata dan persetujuan pemegang akaun dan kata laluan. Perniagaan bersih tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kegagalan anda untuk mematuhi kewajipan ini.

DASAR PRIVASI

Dasar privasi TV Pertiwi  ini terpakai kepada penggunaan laman web ini. Sila klik di sini untuk melihat polisi privasi kami, atau gunakan pautan di bahagian bawah setiap halaman pada bila-bila semasa melawat laman web kami. Dengan menggunakan laman ini , anda mengakui bahawa transmisi internet tidak pernah benar-benar peribadi atau selamat , walaupun disulitkan.

PAUTANKE LAMAN WEB LAIN

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web pihak ketiga bebas. Laman web yang disediakan untuk kemudahan dan tidak berada di bawah kawalan atau pemilikan TV Pertiwi. Perniagaan bersih tidak menyokong kandungan mana-mana laman yang dipautkan dan anda perlu membuat pertimbangan bebas anda sendiri mengenai interaksi anda dengan laman-laman berkaitan.

TATAKELAKUAN

Semasa menggunakan laman web ini atau perkhidmatan yang berkaitan laman web , anda bersetuju untuk tidak:

Menyekat atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan dan menikmati laman web ini,

Memuat naik atau menghantar apa-apa kandungan yang menyalahi undang-undang , penipuan, berbahaya atau lucah,

Melanggar hak cipta atau meninggalkan kesan hak harta intelek,

Memuat naik atau menghantar apa-apa bentuk permintaan yang tidak dibenarkan (termasuk spam) ,

Memuat naik atau menghantar apa-apa kandungan yang berniat jahat atau komponen mengganggu ( termasuk virus dan cacing ),

Menyiasat , mengimbas atau menguji kelemahan laman web atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada laman web ini,

Mengganggu atau infrastruktur tapak (termasuk penafian serangan perkhidmatan) mengganggu,

Memuat naik atau menghantar kandungan yang anda tidak mempunyai hak undang-undang untuk menghantar,

Memalsukan tajuk-tajuk atau memanipulasikan pengenalpastian dengan tujuan untuk menyamar punca perpindahan,

Sengaja melanggar mana-mana undang-undang,

Cuba untuk menjual atau secara haram keuntungan daripada laman web ini, termasuk membuka atau mengakses kod asas,

Mengumpul atau menyimpan data peribadi tentang pengguna lain laman web ini, dan

Menyamar sebagai pengguna lain laman web ini atau mendapat akses dengan menyamar sebagai orang lain atau entiti.

Perniagaan bersih tidak mempunyai kewajipan untuk menguatkuasakan syarat-syarat ini , melainkan jika diarahkan berbuat demikian oleh undang-undang , tetapi anda mengakui bahawa TV Pertiwi boleh mengawasi laman dan menguruskan laman web ini di mana-mana kaedah  yang membolehkan syarat-syarat ini dikuatkuasakan.

PENAFIAN

TV Pertiwi tidak menjanjikan bahawa laman web ini atau mana-mana kandungan , perkhidmatan atau ciri laman web ini akan bebas dari ralat atau tanpa gangguan , atau bahawa apa-apa kesilapan akan diperbetulkan , atau penggunaan laman web ini akan memberikan hasil yang tertentu. Tapak dan kandungannya disampaikan tepat pada ‘ seperti adanya ‘ dan secara ‘seadanya ‘ . Semua maklumat di halaman ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

TV Pertiwi menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, termasuk apa-apa jaminan ketepatan, bukan pelanggaran, kebolehdagangan dan kesesuaiannya untuk tujuan tertentu . Anda menganggap jumlah tanggungjawab untuk penggunaan tapak dan mana-mana laman yang dipautkan atau perkhidmatan. Remedi tunggal anda terhadap TV Pertiwi untuk rasa tidak puas hati dengan laman web atau apa-apa kandungan adalah untuk berhenti menggunakan laman web atau kandungan tersebut . Ini had pelepasan adalah sebahagian daripada perjanjian di antara pihak-pihak.

HAK LIABILITI

Kecuali di mana dilarang oleh undang-undang , TV Pertiwi tidak akan bertanggungjawab pada anda untuk mana-mana tidak langsung , berbangkit , teladan, punitif atau sampingan , termasuk kehilangan keuntungan , walaupun TV Pertiwi telah dinasihatkan kemungkinan berlakunya kerosakan yang dimaksudkan .

PENANGGUNGAN KERUGIAN

Anda bersetuju untuk tidak menuntut sebarang kerugian dari TV Pertiwi, pegawai, pengarah , pemegang saham, yang terdahulu , pekerja, ejen , anak syarikat dan sekutu, termasuk kerugian liabiliti , tuntutan atau perbelanjaan ( termasuk yuran guaman) oleh mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh kecuaian, kesukaran, atau kesilapan yang timbul daripada penggunaan lsmsn web dan / atau perkhidmatan TV Pertiwi.

MELANGGAR TERMA PENGGUNAAN INI

TV Pertiwi mungkin memelihara mana-mana penjangkitan atau komunikasi oleh anda dan boleh mendedahkan maklumat ini jika semunasabahnya perlu untuk mematuhi proses undang-undang , menguatkuasakan syarat-syarat penggunaan , atau melindungi hak, harta, dan keselamatan TV Pertiwi dan pihak-pihak berkaitan .

Melanggar syarat-syarat penggunaan boleh membawa kepada menamatkan akses anda ke laman web ini dan TV Pertiwi boleh mendapatkan pemulihan yang boleh didapati oleh undang-undang atau dalam ekuiti.

PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini tertakluk di dalam Negara Malaysia dan anda bersetuju bahawa semua perkara yang berhubungan dengan akses atau penggunaan laman web ini , termasuk semua pertikaian akan dikawal dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia, dan mengetepikan apa-apa bantahan kepada apa-apa bidang kuasa atau tempat.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian segera dan dengan niat yang baik. Di mana jika kita tidak dapat menyelesaikan apa-apa pertikaian itu, maka salah satu pihak boleh mengemukakan pertikaian untuk tidak terikat pengantaraan berat sebelah. Jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan, maka kedua belah pihak boleh menggunakan mana-mana tindakan pembetulan yang ada pada mereka di bawah undang-undang Malaysia.

Hubungi Kami

PEJABAT: 03-89220328

Ada berita hendak dikongsi? Atau cadangan dan maklumbalas untuk kami perbaiki?

Media Sosial TV Pertiwi