JEDDAH, 4 Jan 2022 : Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik laporan oleh Amnesty International yang berpangkalan di London baru-baru ini, yang mengesahkan bahawa dasar apartheid rejim Israel terhadap penduduk Palestin adalah rejim kejam yang menunjukkan dominasi dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Agensu dunia itu juga menyeru masyarakat antarabangsa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan akauntabiliti Israel atas pencabulan, jenayah dan dasar perkaumannya terhadap rakyat Palestin.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), OIC menegaskan bahawa laporan itu merupakan dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan yang dilakukan Israel, jenayahnya, dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.
Badan dunia itu juga menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan akauntabiliti Israel atas pencabulan, jenayah dan dasar perkaumannya terhadap rakyat Palestin.
Laporan komprehensif berjudul “Apartheid Israel terhadap Palestin: Sistem Penguasaan yang Kejam dan Jenayah terhadap Kemanusiaan” itu dikeluarkan pada 1 Feb.
– BERNAMA