ISNIN, 31 JANUARI – Parti BERJASA serius ingin membangunkan negara sekiranya diberi mandat memimpin selepas memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen sekiranya diberi peluang. Demikian menurut Ketua Wanita BERJASA, Umi Kalsom Husin.
Beliau menegaskan, rakyat Malaysia memerlukan kepimpinan baharu yang membawa politik beradab, jujur, telus, idea yang segar, progresif dan berintegriti;
Menerusi dua solusi yang dibawa parti Islam itu iaitu memperkasakan institusi keluarga dan pendidikan.
Siti Umi Kalsom Husin, Ketua Wanita BERJASA berkata :
“…. Kita akan dan telahpun merancang dalam pemukiman program-program yang bersesuaian untuk menarik anak muda dan anak muda yang menjadi aspirasi negara ini…. Memperkuatkan institusi keluarga itu sendiri….
Jelas Umi Kalsom, hasrat Wanita dan Pemudi BERJASA adalah untuk memperkasakan pendidikan agar generasi akan datang terdidik dengan penuh tanggungjawab terhadap Allah, Bangsa dan Negara.
Mengulas mengenai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor, PRN Johor dan seterusnya Pilhan Raya Umum kelima Belas;
Umi Kalsom berkata, individu yang akan dilantik mewakili parti Islam berwibawa itu akan membariskan muka-muka baharu yang bukan dikitar semula sebagai pilihan kepada pengundi generasi baru iaitu Undi 18.
Siti Umi Kalsom Husin, Ketua Wanita BERJASA berkata lagi bahawa :
“…. Untuk PRN Johor dan PRU kita bagi pihak Pemudi dan Wanita bersedia untuk itu…. Tetapi kita menyerahkan pengurusan kepada kepimpinan Parti…
Terdahulu, Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim mengumumkan parti Islam itu akan bertanding di 41 kerusi Parlimen dalam PRU Kelima Belas dengan berazam.
Sekiranya menang dalam Pilihan Raya akan datang, kepimpinan BERJASA akan membina semula negara dengan lebih bermaruah, menghindari rasuah dengan memperkasakan institusi keluarga dan pendidikan.