ISNIN, 31 JANUARI – Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi semakan kehakiman terhadap perintah penggantungan pembinaan sekolah itu yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).
Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut memohon mahkamah menilai kerugian yang ditanggung sepanjang tempoh penggantungan.
Exco kerajaan negeri Selangor, Ng Sze Han berkata – Memandangkan permohonan untuk semakan kehakiman mesti dikemukakan dalam tempoh tiga bulan, Jawatankuasa Pembinaan SJKC Too Joon Hing telah memfailkan permohonan di mahkamah pada 17 Januari.
Mahkamah juga dilaporkan memilih Satu Mac depan untuk sesi pendengaran dalam talian.
Dakwanya, sudah lebih dua bulan setengah Jawatankuasa Pembinaan SJKC Too Joon Hing menerima perintah penggantungan pembinaan dari KPM namun sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan yang jelas berhubung sebab perintah penggantungan pembinaan sekolah dikeluarkan.