JUMAAT, 28 JANUARI – Kerosakan dan rekahan baharu dikesan di jalan kawasan tanah mendap di Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, akibat hujan lebat semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan, berkata ‘agensi penguatkuasaan termasuk Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil maklum perkara itu dan kerja membaik pulih jalan berkenaan sedang giat dilakukan.
ACP A. ANBALAN, Ketua Polis Daerah Serdang berkata :
“Saya diberitahu sebanyak 50 besi cerucuk ditanam sepanjang 150 meter di kawasan kejadian. Proses penanaman itu masih berlangsung dan akan mengambil masa tujuh hari bagi memastikan tiada pergerakan tanah serta berlaku rekahan di kawasan lain,”
“Kita juga ingin menasihatkan 17 pemilik premis komersial di kawasan itu untuk terus mengosongkan kedai masing-masing hingga keadaan kembali selamat,”
Mengenai kenderaan rosak akibat tanah mendap, Anbalagan berkata, pemilik kenderaan terbabit boleh membuat laporan polis untuk tuntutan dan pampasan insurans.
Setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada pihak terbabit kerana kenderaan terbabit dimaklumkan sudah rosak.
Bagi kenderaan yang mempunyai insurans, mereka boleh membuat laporan polis untuk tindakan susulan.
Terdahulu, hasil tinjauan TV Pertiwi semalam mendapati — Kerja-kerja penanaman cerucuk telah dimulakan pada jam 2 pagi semalam.
Proses ini melibatkan anggota Bahagian Kejuruteraan MBSJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM dan di bawah pemantauan PDRM.