JUMAAT, 28 JANUARI – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 1 Mac depan bagi pengurusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.
1 Mac 2022 ditetapkan bagi pengurusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah; berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pihak pendakwaan memohon tarikh baharu untuk pengurusan kes berikutan kes One MDB membabitkan, Datuk Seri Najib masih berlangsung di peringkat pemeriksaan balas saksi pendakwaan kedua belas iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan One MDB, Azmi Tahir dengan saksi-saksi serta keterangan yang akan dikemukakan pada perbicaraan kes pecah amanah itu adalah sama dengan kes One MDB.
Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim ketika ditemui pemberita berkata
“… Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu untuk kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan kes pecah amanah serta kes berkaitan One Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan audit membabitkan bekas perdana menteri itu.”
Peguam Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib turut mengesahkan perkara itu. Oleh itu, hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes pecah amanah tersebut.