JUMAAT, 28 JANUARI – Peningkatan kes Covid-19 sehingga mencecah angka lima ribu semalam sudah dijangka berikutan adanya varian Omicron yang lebih mudah merebak.
Pakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, langkah-langkah keselamatan terutama pematuhan SOP dan juga mempercepatkan pengambilan dos penggalak bagi mereka-mereka yang layak sangat penting bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Prof. Madya Dr. Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam UPM berkata :
“Kalau kita tengok pola semasa ya dekat Eropah US dan juga negara-negara Asia berdekatan memang secara purata terlihat dengan berlaku peningkatan dan kita tengok di Filipina contohnya memang peningkatan agak drastik saya nak satu atau dua minggu lepas Walaupun pada sekarang ni agak menurun di Malaysia kita baru menyaksikan pola peningkatan dan pada pandangan saya Ia memang dijangkakan berikutan adanya omicron yang telah dikesan di negara kita melalui beberapa Siri pemeriksaan yang dilakukan oleh kementerian kesihatan apa yang penting pada masa ni saya berpendapat kita perlu memperteguhkan ya semua langkah-langkah keselamatan terutama pematuhan SOP dan juga mempercepatkan pengambilan dos penggalak bagi mereka-mereka yang layak dan juga untuk anak-anak kita ni akan bermula tidak berapa lama lagi.”
Tambahnya, rakyat Malaysia juga perlu bersiap sedia kemungkinan lonjakan kes yang akan berlaku.
Perkara ini sangat membimbangkan apabila sistem kesihatan negara terdedah kepada bahaya dan lumpuh sehingga menjejaskan perkhidmatan lain.
Sehubungan itu, beliau turut menyarankan pemvaksinan di kalangan kanak-kanak juga perlu dilakukan bagi melindungi golongan berkenaan dan kumpulan rentan.
“Kita perlu bersiap sedialah dengan kemungkinan dengan lonjakan kes dan itu perlu kita elakkan sebab bila berlakunya lonjakan kes kita pun faham ialah sistem perkhidmatan kesihatan kita terdedah kepada bahaya untuk Lumpuh hingga menjejaskan perkhidmatan lain dan ini perlu kita elakkan dari pemvaksinan di kalangan kanak-kanak yang sangat penting bagi melindungi bukan sahaja golongan kana-kanak berkenaan tapi mereka lain dalam kumpulan rentan dari mendapat komplikasi serius yang tidak dijangka.”
Semalam negara menyaksikan peningkatan kes covid 19 kepada 5,439 yang tertinggi sejak kali terakhir dicatatkan 2 bulan lalu.