Mazlan Bujang Keluar BERSATU

JUMAAT, 28 JANUARI – Ketua Bahagian BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, berkata beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyatakan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu diambil selepas menilai dan menimbang perkara itu sejak sekian lama dengan pemikiran yang waras.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, keputusan itu diambil berdasarkan keperluan untuk mewujudkan semula kerajaan negeri yang stabil.

Katanya, ia termasuk kepimpinan yang diyakini dan berdasarkan kegagalan dua kepimpinan menteri besar sebelum ini mentadbir Johor dengan baik.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Muafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik – Annuar

Next Post

Rekahan Baharu Dikesan Di Tempat Kejadian

Related Posts