KHAMIS, 27 JANUARI – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengenal pasti keadaan cuaca tidak menentu antara faktor kurangnya penghasilan dan pengeluaran telur ayam dalam negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, faktor berkenaan bukan sahaja mempengaruhi pengeluaran sektor pertanian, malah haiwan ternakan dan perikanan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata :
“Telur ikut trend… terutamanya bulan ini (Januari) hasilnya kurang tapi bulan depan (Februari) akan meningkat balik kerana perkara ini (pengeluaran telur ayam) bermusim.
Beliau berkata, kejadian banjir serta peningkatan harga bekalan makanan ayam yang diimport dari luar negara turut mempengaruhi kekurangan pengeluaran telur.
Tambahnya telur mengikut trend semasa, terutamanya pada bulan januari hasilnya kurang tetapi pada bulan berikutnya akan meningkat balik dari segi pengeluaran.
Kenaikan harga juga berdasarkan pesanan dan bekalan. Begitu juga banjir serta pekerja terjejas kerana COVID-19.
Beliau Diminta mengulas laporan sebuah akhbar berhubung isu terbabit, beliau juga tidak menafikan kewujudan kawalan harga barang terbabit dari pihak peruncit.
Dan pihak kementerian mendapati, memang ada kebenaran berhubung kawalan harga di pihak peruncit.