KHAMIS, 27 JANUARI – UMNO perlu buang imej rasuah sebelum Pilihan Raya Negeri Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15.
Demikian yang dikatakan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam ucapan dan rencananya sejak 2012.
Beliau secara konsisten berkata, UMNO berada di atas landasan yang betul, tetapi masalah parti itu adalah pemimpinnya.
Menerusi blog Tun Abdul Hamid – Buat kerja, beliau berkata, UMNO perlu membersihkan dirinya daripada pemimpin-pemimpin yang terlibat atau terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk parti Melayu itu pulih semula.
Katanya antara individu yang dianggap perlu disingkirkan adalah bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Tun Abdul Hamid, semasa Datuk Seri Mohamad Hassan memangku jawatan Presiden UMNO dari 20 Disember 2018 ke Jun 30 Jun 2019 UMNO berjaya memenangi tiga pilihan raya kecil secara berterusan iaitu PRK Parlimen Cameron Highlands, PRK Dun Semenyih dan PRK Dun Rantau.
Jelasnya, ini adalah tanda UMNO sudah mula pulih namun, apabila Zahid kembali semula memegang teraju UMNO dan Najib dibawa balik sebagai Penasihat UMNO, Tun Abdul Hamid menaggap ia sebagai tanda UMNO tidak akan berubah.
Tambah Tun Abdul hamid, UMNO tidak akan berubah kerana Najib dan Zahid dilihat seperti mula menggunakan UMNO untuk membebaskan diri mereka daripada pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka, manakala ahli-ahli MKT menurut peranc
UMNO katanya boleh merasa lega dengan keputusan PRN Melaka itu dan mengharapkan ia akan berulang di Johor. Tetapi, ada faktor-faktor lain yang mungkin menjadi penghalang.
Pertama, Johor adalah negeri TS Muhyiddin. Pengaruhnya tentu masih ada, cuma kita tidak tahu setakat mana kuatnya.
Kedua, katanya kebenaran pengundi-pengundi 18 tahun hingga 21 tahun buat kali pertama ini juga bakal mengubah kedudukan. Katanya kita boleh meneka dengan yakin pengundi-pengundi muda keturunan Cina akan bersepadu mengundi calon DAP dan PH. Tetapi, perkara seperti itu tidak mungkin berlaku kepada pengundi-pengundi muda Melayu.
Perpecahan akan lebih buruk jika Pejuang, Perkasa dan Warisan juga turut serta. Walaupun tidak berapa banyak undi yang mereka akan perolehi, tetapi dalam pertandingan banyak penjuru, ia cukup untuk memberi kemenangan kepada PH. Malays never learn.
Tambah beliau Faktor yang akan amat sangat mempengaruhi golongan muda ini adalah perkataan “rasuah”, “penyalahgunaan kuasa” dan “integriti”. PH akan menggunakan perkataanperkataan itu sebagai senjata paling tajam mereka terhadap UMNO dan golongan muda 4 akan termakan dengannya. Sekarang pun PH telah memulakan perang urat saraf itu, dengan membesar-besarkan tuduhan tehadap TS Azam Baki.