KHAMIS, 27 JANUARI – Penganalisis Politik, Azmi Hassan berpendapat, cadangan penyatuan antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan adalah tidak wajar, jika kedua-dua gabungan terbabit masih lagi tidak memperbaiki kelemahan yang ada seperti di dalam PRU ke 14 lalu.
Malah katanya, situasi ini akan dimanfaatkan oleh BN untuk menang besar seperti Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini.
Azmi Hassan, Penganalisis Politik berkata :
“.…. jika pakatan harapan dan juga Barisan Nasional tidak memperbaiki kedudukan lemah mereka melalui kerjasama antara kedua-duanya besar kemungkinan apa yang tercetus di Melaka akan juga tercetus di Johor iaitu iaitu BN memenangi kemenangan yang amat besar sekali jadi hakikatnya adalah keputusannya terletak apda Barisan Nasional tetapi tindakan yang akan dilakukan pakatan harapan dan perikatan dalam hal ini…..”
Tambah Azmi lagi, dalam pilihan raya negeri pada kali ini, Barisan Nasional tidak membuka ruang untuk bekerjasama dengan PAS berikutan kedudukan kerusi yang ditandingi PAS adalah jauh ketika PRU ke-14 lalu
Azmi Hassan sebagai Penganalisis Politik, ujarlagi berkata bahawa :
“.… rasalah kerana PAS meminta kesemua kerusi yang ditandingi oleh BN pada PRU 14 itu ditandingi diberikan kepada PAS secara asasnya permintaan itu adalah logik sebab kerusi BN tewas tapi kalau kita lihat Keputusan PRU 14 setiap kekalahan BN itu dan jika ada calon PAS yang bertanding kesemua kekalahan tersebut saya rasa hampir dimana PAS juga bertanding pada ketika itu bersama sama UMNO dengan pakataan harapan jumlah undi yang diperoleh BN adalah jauh apa yang diperolehi oleh PAS pada ketika itu