RABU, 26 JANUARI – Kecoh di media sosial minggu lepas berkenaan dengan papan tanda tulisan jawi terbalik di salah sebuah jalan dekat Kajang, Selangor.
Bertindak di atas penularan tulisan jawi terbalik itu pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan papan tanda itu serta merta.
Wartawan TV Pertiwi, Haffiz Aziz melakukan tinjauan pada petang semalam.
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak menurunkan papan tanda memaparkan tulisan Jawi ‘terbalik’ yang dipasang di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas teruk dikecam banyak pihak.
Dalam masa sama, MPKj merakam penghargaan kepada penduduk yang membuat aduan berhubung perkara itu di laman Facebook rasmi PBT itu, dan menurunkannya serta merta selepas dikecam hebat.
Berdasarkan gambar tular, papan tanda Jalan Dana Permai, Semenyih di bawah pentadbiran PBT itu ditulis dari kiri ke kanan daripada yang sepatutnya iaitu dari kanan ke kiri, sekali gus mengelirukan orang ramai.
Tinjuan saya di lokasi berkenaan hari ini mendapati papan tanda itu telah diubah dan diperbetulkan
Beberapa papan tanda yang mengalami kesalahan tulisan jawi pada minggu lalu telah dipasang kembali dengan jawi yang betul.