RABU, 26 JANUARI – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas sejumlah 212 perpuluhan Enam Kilogram dan Seribu 199 Perpuluhan Dua Liter pelbagai jenis dadah;
Rampasan dianggar bernilai lebih Tiga Perpuluhan Lima Juta Ringgit, selepas menahan Lima Ribu 200 orang menerusi Op Tapis Khas di seluruh negara dari 21 hingga 23 Januari.
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JSJN Bukit Aman berkata :
“…. Dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur. Seramai 129 suspek merupakan warga asing. Operasi sama itu turut menggempur 367 sarang penagih.”
Pengarah JSJN, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bahawa :
“… mereka yang ditahan dalam operasi bersama polis kontinjen negeri-negeri itu, terdiri daripada 4,987 lelaki dan 213 wanita berumur lingkungan 13 hingga 60 tahun.”
Beliau berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 39 B, 39 A (2), 39 A (1), 39 C, 12 (2), dan Enam Akta Dadah Berbahaya 1952 selain Seksyen 30 (3) Akta Racun 19-52 dan Akta Dadah Berbahaya Langkah- langkah Pencegahan Khas 19-85.
Tambahnya PDRM mengesan aktiviti penyeludupan dadah di sempadan negara semakin meningkat.
Dan kes penyeludupan membabitkan negara jiran bukan perkara baharu dan ia sentiasa dipantau pihak berkuasa.