RABU, 26 JANUARI – Barisan Nasional (BN) menawarkan PAS hanya empat kerusi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Mengulas mengenai perkara itu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tawaran empat kerusi di Johor bukan satu penyelesaian terbaik buat mereka.
Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS berkata :
“PAS menghormati pendirian Umno (dan BN) untuk bergerak solo. Bagi PAS, kami sudah hulurkan salam muafakat dan penyatuan ummah,”
Memetik laporan Malaysiakini, Tuan Ibrahim berkata, PAS bercadang untuk meletakkan calon mereka di semua kerusi yang gagal ditawan BN pada PRU lalu sebaliknya hanya empat kerusi ditawarkan.
Beliau berkata, cadangan tersebut dibawa kepada UMNO dengan tujuan mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) sekaligus menghalang Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa di Johor
Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, apabila cadangan PAS tidak diterima rundingan dengan BN akhirnya gagal mencapai titik persefahaman.
Tambahnya, PAS menghormati keputusan UMNO dan BN untuk bergerak solo dalam PRN Johor akan datang.