RABU, 26 JANUARI – 46,024 orang masyarakat orang asli di 11 daerah di Kuantan selesai menerima dua dos vaksin COVID-19 secara berperingkat sejak awal tahun ini.
Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi, seramai 1,816 orang pula telah tampil secara sukarela bagi mendapatkan dos penggalak.
Johari Alwi sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang berkata :
“Program masuk kampung pedalaman tetap terus dilakukan oleh pegawai KKM dan JAKOA untuk memberi vaksin COVID-19, minggu lalu program berkenaan diadakan di Pos Lenjang, Lipis,”
Memetik laporan Berita Harian, Johari berkata, pemberian dos penggalak turut membabitkan petugas di barisan hadapan terdiri daripada golongan muda Orang Asli yang membantu jabatan itu melaksanakan pelbagai program membabitkan Orang Asli.
Tambah beliau, secara keselurhan seramai 86,532 golongan remaja serta dewasa termasuk warga emas Orang Asli layak menerima suntikan dan daripada jumlah itu seramai 3,989 orang tidak berminat menerima vaksin manakala selebihnya, hanya menerima satu dos sahaja.
Sehingga kini, katanya Pekan mencatat jumlah penerima vaksin paling tinggi iaitu 8,279 orang, diikuti Lipis seramai 7,555 orang, Muadzam Shah (4,913) dan Rompin (4,659).