SELASA, 25 JANUARI – Meskipun negara sudah merdeka lebih 64 tahun, namun rakyat masih terkial-kial dalam mencari jati diri dan identiti.
Penganalisis Politik, Profesor Doktor Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan dalam meraikan kepelbagaian bukan bererti kita boleh mengorbankan jati diri, identiti dan maruah.
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Penganalisis Politik berkata :
“Jika tidak, negara ini akan hilang jati diri dan identiti, menjadi caca marba. Tidak mustahil, sudah pun berlaku, menjadi lebih barat daripada daripada barat, atau terlebih Cina,”
Mengulas lanjut dalam hal ini, Ridhuan Tee meluahkan rasa hairan mengapa rakyat masih lagi belum dapat keluar daripada kemelut dalam usaha memajukan negara.
Justeru itu, beliau tidak menolak kemungkinan antara penghalang terbesar dalam mengejar kemajuan adalah sikap sendiri begitu juga gejala rasuah yang semakin membarah, katanya dipetik menerusi portal Ismaweb.
Selain itu, negara juga ketandusan pemimpin yang mempunyai jati diri dan beridentiti yang mampu membawa rakyatnya untuk sehati sejiwa, sehidup semati membangun agama, bangsa dan negara tercinta.