Mahkamah Israel Tolak Petisyen Keluarga Salhia Bina Semula Rumah

( / sumber : TV Pertiwi)
( Mahkamah Daerah Israel di Baitulmaqdis menolak, petisyen oleh keluarga Salhia untuk membina semula rumah mereka / sumber : TV Pertiwi)

ISNIN, 24 JANUARI – Mahkamah Daerah Israel di Baitulmaqdis menolak, petisyen oleh keluarga Salhia untuk membina semula rumah mereka yang dirobohkan minggu lalu oleh perbandaran Israel di barat Baitulmaqdis dalam usaha untuk mengambil alih tanah rumah itu.

Peguam keluarga Salhia, Walid Abu Tayeh berkata, mahkamah menolak atas alasan perobohan itu adalah fakta.

Katanya, selepas penolakan oleh Mahkamah Daerah, beliau akan membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Israel atas alasan perobohan itu adalah haram.

Ini kerana katanya, keluarga Salhia tidak pernah menerima perintah perobohan untuk rumah tersebut.

“Justeru keluarga itu boleh kembali ke tanahnya secara sah dan membina semula rumahnya,” katanya.

Terdahulu, keluarga Salhiah diserang, dipukul, ditangkap dan rumah mereka dirobohkan oleh tentera penjajah Israel. – Agensi

-ismaweb.net

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

17 Kanak-Kanak Terbunuh Di Yaman Sejak Januari

Next Post

Ribut Salji Jejas 2.8 Juta Penduduk Syria

Related Posts