SELASA, 25 JANUARI – Walapun sudah hampir setahun laporan polis dibuat ke atas pencerobohan tanah milik Yayasan Kubra di Rawang, namun pihak kuil yang menceroboh masih tidak berganjak dari tanah berkenaan.
Dengan nada kecewa, Ahli Yayasan Kubra, Wan Asshima Kamaruddin berkata pihak terpaksa akur dengan hasil perbincangan iaitu perlu menunggu lokasi baru supaya kuil itu dipindahkan dari tanah milik mereka.
Perbincangan yang berlangsung hari ini membabitkan pihak Yayasan Kubra, pihak kuil, wakil pejabat tanah dan dihadiri ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen serta ADUN Rawang, Chua Wei Kiat.
Hasil perbincang berkenaan memutuskan, kuil yang berada di atas tanah Yayasan Kubra perlu dipindahkan dan akan mengambil masa sehingga lokasi baru yang sesuai ditemui.
Wan Asshima Kamarussin, Ahli Yayasan Kubra berkata :
“Apa yang kita dapat hari ni pihak kuil akui dia akan pindah Cuma dia tengah tunggu relokasi tanah baru dicari insyAllah diorang dalam pencarian jadi saya fikir satu benda kalau diturun di tanah pun dia tak dapat menyelesaikan masalah sebab pihak kuil ni dia tetap dengan pendiriannya apa semua.”
Wan Asshima yang juga merupakan Pengasas Pondok Hijrah Muslimah Malaysia (MUM) berkata, pihaknya mempunyai perancangan yang lebih besar iaitu mahu membina pusat perlindungan wanita dan remaja di tanah tersebut.
Bagaimanapun, proses yang sepatutnya berjalan lebih cepat terganggu dan pihaknya hanya mampu memfokuskan lakaran pelan pusat perlindungan berkenaan ketika ini.
“Jadi kami fikir 1 altenatif kita siapkan dulu 1 lakaran ppwr pusat perlindungan wanita dan remaja dan selepas itu selepas siap semua jawatankuasa kita terus buat secara drastik pembangunan di situ saya terfikir itu satu sahaja untuk menyelesaikan masalah sebab tanah tu memang dah hak yayasan kubra dan kita telah maklumkan kepada pihak kuil dan kita memang tak bagi masa lagi sebab semakin lama orang kata dia pijak kepala jadi kita akan buat juga Cuma buat masa sekarang Yayasan Kubra tak akan turun di tanah itu sampailah kami dapat kelulusan pihak majlis untuk membangunkan bangunan di situ insyAllah.”
Pada 10 Oktober tahun lalu kami sempat menyiarkan pencerobohan yang berlaku ke atas tanah Milik Yayasan Kubra.
Pihak penceroboh menuntut pampasan dari Yayasan Kubra sekiranya kuil haram itu mahu dipindahkan dengan alasan mereka sudah lama menjaga tanah yang terbiar kosong itu.
Membidas dakwaan berkenaan, Wan Asshima berkata pihak Yayasan Kubra tidak pernah menyuruh mereka menjaga tanah itu dan Pihak kuil diberi tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah tersebut namun gagal dipatuhi.