17 Kanak-Kanak Terbunuh Di Yaman Sejak Januari

( / sumber : TV Pertiwi)
(17 kanak-kanak terbunuh di Yaman bulan ini akibat pertempuran berterusan / sumber : TV Pertiwi)

ISNIN, 24 JANUARI – Kira-kira 17 kanak-kanak terbunuh di Yaman bulan ini akibat pertempuran berterusan di negara yang dilanda perang itu, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Pengarah wilayah UNICEF untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Ted Chaiban dalam satu kenyataan berkata, angka itu hampir dua kali ganda daripada jumlah keseluruhan pada Disember lalu.

Katanya, lebih 10,000 kanak-kanak cedera mahupun terbunuh di negara itu sejak 2014.

“Jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi,” katanya sambil menggesa pesaing Yaman yang berperang dan negara mempunyai pengaruh ke atas mereka untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam, termasuk kanak-kanak, pada setiap masa.

Katanya, fasiliti awam termasuk kemudahan pendidikan serta perubatan tidak seharusnya menjadi sasaran dan perlu sentiasa dihormati.

Yaman dilanda keganasan dan ketidakstabilan sejak 2014, apabila Houthi – yang bersekutu dengan Iran – menawan sebahagian besar negara itu, termasuk Sanaa.

Konflik itu menyebabkan salah satu krisis kemanusiaan paling teruk di dunia, dengan hampir 80 peratus atau sekitar 30 juta orang memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan.

Menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 13 juta orang dalam bahaya kebuluran. – Agensi

-ismaweb.net

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pejuang Hak Asasi Iran, Narges Mohammadi Kembali Dipenjarakan

Next Post

Mahkamah Israel Tolak Petisyen Keluarga Salhia Bina Semula Rumah

Related Posts