ISNIN, 24 JANUARI – Pilihan Raya Negeri diadakan kerana dianggap Perdana Menteri belum mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Mengulas lanjut, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan berkata, seharusnya Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum diadakan sekali bagi memudahkan rakyat untuk mengundi.
Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR berkata :
“Dikatakan PRN itu telah menjadi satu tradisi. Ini kita fahami kerana politik itu menjadi kawalan kerajaan negeri tetapi masalahnya parti politik yang mahukan pilihan raya itu tidak mempunyai kawalan terhadap kerajaan persekutuan dalam hal ini UMNO walaupun perdana menteri daripada umno tetapi PM tidak berminat mengadakan PRU secepat mungkin saya baca kenapa PRN itu diadakan bermula Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor selepas ini itu sahaja yang mereka ada dalam hal ini jikalau apa yang berlaku di Melaka itu juga berlaku di Johor UMNO hampir menyapu bersih maka besar kemungkinan selepas johor itu pilihan raya umum.”
Tambah Azmi, sebaik-baiknya PRU dan PRN diadakan serentak, bukan sahaja dapat menjimatkan bajet bahkan pengundi mudah membuat keputusan mereka.
‘Seharusnya rakyat dan pengundi dah biasa di mana PRU dengan PRN diadakan sekali kerana mudah untuk pengundi buat keputusan bukan sahaja dari segi kos tetapi proses demokrasi itu lebih baik kecuali dulu Sarawak, Melaka dan Johor akan mengadakan Pilihan raya negeri berasingan tetapi sebaik-baiknya PRU dan negeri diadakan serentak seperti dikatakan tadi bukan sahaja kos minimum tapi memudahkan pengundi membuat keputusan mereka.”