ISNIN, 24 JANUARI – Buang masa dan duit kerajaan, Pandangan itu dilemparkan oleh Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya apabila Menteri Besar Johor mengumumkan Kerajaan Negeri telah dibubarkan setelah mendapat perkenan Sultan Johor Semalam.
Haji Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :
“.…. bagi saya ia satu perkara yang tidak perlu dibuat sebenarnya demi keadaan yang menderita hari ini dan kita pun telah diberitahu PRU 15 pada tahun ini. Jadi jarak antara PRN ini dengan PRU enam bulan apa maknanya bagi saya ini melambangkan…. sistem politik kita yang mendambakan kausa tanpa melihat penderitaan yang rakyat alami pandemik, mati pun 31 ribu orang ini satu waste of timw waste of kepada pihak kerajaan..”
Jelas Aminuddin lagi, langkah kerajaan negeri untuk membubarkan DUN adalah satu tindakan yang tidak berasas dan membuang masa. Ini kerana jarak antara PRN dan PRU amat dekat sekali.
Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan.
Ia selepas kerajaan negeri hanya mempunyai kelebihan satu kerusi, iaitu 28 berbanding 27 kerusi milik Pakatan Harapan (PH).