ISNIN, 24 JANUARI – Setiap kali Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan akan menelan kos perbelanjaan yang begitu tinggi.
Bagi PRN Johor dijangka melibatkan peruntukan sekurang-kurangnya RM150 juta.
Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia UPM, Profesor Madya Doktor Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, sebaiknya peruntukan RM150 juta itu disalurkan untuk bantuan tambahan kepada mangsa banjir dan pandemik Covid-19 selain boleh disalurkan membantu peniaga mikro serta perusahaan kecil dan sederhana.
Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM berkata :
‘Setiap kali PRN diadakan yang tidak disekalikan dengan PRU maka ia melibatkan sejumlah kos yang besar mungkin saya ingat Johor ni pun RM150 Juta sekurang-kurangnya dan biasanya peruntukan ini tidak ada dalam belanjawan kerajaan persekutuan atau diperuntukan SPR sebab peruntukan tu sekali dengan PRU dengan Negeri maka ia melibatkan belanjawan tambahan dan peruntukan tambahan memang ini memberi bebanan kepada kerajaan persekutuan untuk menambahkan peruntukan kepada SPR.”
Sehubungan itu, Dr Ahmad Razman berkata, peruntukan 150 Juta Ringgit itu lebih baik disalurkan kepada kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.
“Saya lihat RM150 juta tu memang sesuai seeloknya disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan tambahan akibat banjir ataupun pandemik Covid-19 dan selebihnya juga untuk membantu perusahaan mikro kecil dan sederhaan kerana kita lihat banyak lagi perniagaan yang masih tidak mampu kembali kepada situasi sebelum pandemik mereka masih memiliki bebanan hutang tinggi operasi tinggi tetapi pendapatan tu belum lagi sampai seperti sebelumnya itu yang saya nampak lebih sesuai RM150 juta ribu untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan berbanding mengerjakan pilihan raya negeri.”
Untuk rekod perbelanjaan prn melaka tempoh hari ialah RM46 juta.