ISNIN, 24 JANUARI – Ibu bapa dinasihatkan agar mengambil peluang program vaksinasi yang bakal dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
Menurut Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Doktor Malina Osman, langkah ini adalah penting memandangkan data yang dikeluarkan oleh KKM menunjukkan sekitar 500 ribu kanak-kanak dijangkiti COVID-19 setakat ini.
Prof. Madya Dr. Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam berkata :
“…. Vaksin kanak-kanak yang dimulakan pada bulan hadapan, yang berusia lima hingga 12 tahun…. Ketinggalan dalam aktiviti sukan dan sosial serta sebagainya…”
Beliau menambah, kanak-kanak yang berusia antara lima hingga dua belas tahun antara yang terdedah dengan risiko jangkitan terutama di kawasan tadika dan sekolah.
Oleh itu dengan pemberian vaksin ini, dijangkakan tularan wabak dapat dibendung.
Dalam pada itu, formulasi vaksin COVID-19 Comirnaty yang akan digunakan merupakan vaksin yang khas untuk kanak-kanak.
Ujar Prof. Madya Dr. Malina Osman lagi, bahawa :
“…. Data-data yang dikumpulkan menunjukkan vaksin yang digunakan pada kumpulan umur adalah selamat dan berkesan… Perubahan varian baharu….”
Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun akan bermula pada Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer khas untuk kanak-kanak, tiba di Malaysia mulai 31 Januari.
Setiap kanak kanak yang mendapatkan suntikan pertama, memerlukan suntikan kedua dos vaksin itu selepas lapan minggu.